• Meta


  • FILEM ‘PENSIL’ MENYENTUH HATI


    FILEM ‘PENSIL’  MENYENTUH HATI

    Berbekalkan kos yang sedikit, siapa sangka M. Subash mampu menjalankan penggambaran filem pertamanya ‘PENSIL’ selama enam hari sahaja. Menurut M. subash, kerjasama pelakon dan krew terutamanya jurukamera Indra Che Muda menyumbang kejayaan selesainya penggambaran filem tersebut.

    "Cerita ni adaptasi daripada drama Tamil. Idea saya dapat semasa melihat seorang budak cacat. Cerita ni berkaitan kehidupan masyarakat dan lebih bercorak kepada agama untuk menonjolkan bangsa melayu supaya menjadi tauladan kepad bangsa-bangsa lain.

    "Tujuan saya buat filem ni, saya ingin hasilkan sebuah filem yang ada identiti melayu dan akan menmbuktikan filem melayu mampu mengubah tanggapan atau pengaruh filem barat," ujar M. Subasah yang merupakan pelakon utama, pengarah dan penulis skrip.

    Filem ini mengisahkan seorang budak cacat fizikal, Badrul  (M. Subash) kerana menghidap demam panas sewaktu masih kecil. Badrul seorang taat kepada agama dan mempunyai sikap menghormati orang tua. Ibunya kehilangan kaki kerana menghidap kencing manis. Badrul mempunyai kebolehan melukis.

    Badrul seorang yang sangat rajin melakukan apa saja kerja semata-mata untuk menyara ibunya. Mak Nek (Rusminah Sidek) merupakan nenek yang selalu mendampinginya. Badrul sentiasa meluahkan masalahannya kepad Mak Nek. Junid (Jalil Hamid) seorang sakit jiwa kerana didera bapanya sewaktu kecil.

    Junid dan Badrul dianggap cacat oleh masyarakat. Badrul memperkenalkan ajaran Islam kepada Junid. Pengakhiran cerita yang menarik apabila Badrul terpaksa meninggalkan kampungnya semata-mata untuk ke Kuala Lumpur. mengapa Badrul berhijrah dan apakah yang menyebabkan dia terpaksa berhijrah? teruskan menonton di pawagam bermula 12 Jun ini.

    sedihnya cerita ni. Kisah budak cacat.  hmmm teringin nak tulis skrip kisah masyarakat dan agama. nak bersara daripada cerita seram kot.. hu hu 

     

     

     


     
     

    FILEM GENTAYANGAN


    TEKS: BUDIEY.COM

    Filem Gentayangan

    Filem arahan Zulkifli M Osman dan hasil garapan penulis skrip oleh Shahriman Wahap ini membariskan pelakon seperti Rusdi Ramli, Yasmin Hani, Nasir Bilal Khan, Abu Bakar Omar, Hasnol Rahmad dan pendatang baru, Lana Nordin. Kos dijangka menelan belanja RM2.5 juta termasuk penggunaan imej janaan komputer (CGI), RM750,000. Pengambaran filem telah dimulakan pada 23 Mei di Melaka dan memakan masa 40 hari.

    Bercorak filem mistik seram, filem ini akan dipasarkan dengan strategi tersendiri dengan menjangkakan akan untung sebanyak RM10 juta. Perkiraan ini dibuat berdasarkan sambutan filem seram temparan sebelum ini yang mendapat sambutan hangat.

    Budiey rasa, pihak penerbit tidak boleh menyamakan filem ini dengan filem seram lain yang telah mendapat keuntungan besar sebelum ini seperti Jangan Pandang Belakang dan Congkak. Mungkin perspektif penonton berbeza setelah dijamu dengan segala macam publisiti meluas. Memang kalau dilihat hasrat dan impian filem ini terlalu tinggi. Namun bagi mereka, kalau kena dengan strategi, filem ini memang boleh laris. Apatah lagi setelah mendapat tahu, filem ini akan turut dijual melalui internet dan muatturun di telefon bimbit.

    Mesej dalam penceritaan filem ini memang bagus kerana menyentuh tentang isu akidah dan perkara berkaitan dengan hak dan batil. Skrip bukan sekadar untuk menakutkan penonton tetapi memberikan mesej positif dan pengajaran. Sejauh manakah berjayakah strategi ini?

     tahniah kepada Shariman Wahap (penulis skrip). Harap-harap drama MISS TOMOI kita berjalan lancar yer…


     
     

    SIRI BARU AYYAD DI TV 3


    TEKS: M.F Kencana      FOTO: ASRUL SANY

    TEROKAI DUNIA IMAGINASI KANAK-KANAK

    KUALA LUMPUR: ‘AYYAD’ merupakan program santapan terbaru untuk penonton terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan seisi keluarga. Drama 13 episod ini diterbitkan oleh Grand Brilliance sdn. Bhd dan merupakan hasil pengarah Fairuz Loy.

    Kisah ini selama setengah jam ini menampilkan barisan pelakon cilik Ahmad Ezzrin Loy yang meemgang watak ayyad disamping pelakon handalan seperti Rozita Che Wan, azhar Sulaiman, Mohamad Yadiey Ahmad Taufek, Erin Malek, Mas, Rusyaidi Razin dan Cat Farish.

    Siri setengah jam ini menemui penonton TV3 setiap hari isnin, Jam 7.30 malam mulai 2 Jun 2008. Kisah ini menceritakan ayyad mendapat kawan baru iaitu sazali yang merupakan kanak-kanak pendiam berusia 8 tahun.

    Penonton didehkan dengan dunia kanak-kanak dengan telatah yang mencuit hati. Ayyad seorang kanak-kanak yang cerdik tetapi gemar berimaginasi dalam bentuk animasi. siri ini akan mendedahkan kepada khayalak dewasa tentang pemikiran imaginasi dan fantasi kanak-kanak.

    Menurut Azhar Sulaiman selaku bapa kepada Ayyad dalam siri tersebut, dia berterima kasih kepada Grand Brilliance kerana memebri peluang kepadanya membawa watak yang mencabar menjadi bapa.

    "Saya baru dua kali berlakon jadi watak emak. Sbelum ni saya berlakon jadi watak jahat dan berlakon cerita hantu. Saya memang suka membawa watak ibu dan kalau boleh lepas ni saya akan terus membawa watak ibu dalam mana-mana drama," ujar Rozita Che Wan.

     teringin kembali ke zaman kanak-kanak-M.F Kencana


     
     

    TAMAT PEPERIKSAAN


    TAMAT PEPRIKSAAN?

    Hari ini jam 11 setengah pagi, saya berada di makmal penulisan ASWARA sedang duduk menaip. Sekejap lagi pukul 2, ada exam. Last paper Teater Moden.. lepas tu? Hmm malas pula nak stdy.. dua tiga jam ni sempat la tengok-tengok kejap … ha ha ha habis exam. Boleh bersukaria dan akan pulang ke kampung pada hari Sabtu depan. rindu kepada tanah Kota Tinggi…ASWARA kasi cuti dua bulan..

    Tapi, saya akan cuti 2 minggu saja sebab akan kembali ke KL untuk mencari nafkah kepada diri sendiri. Start kerja balik jadi wartawan dengan boss (AZHAR)…lepas juga tampun perbelanjaan untuk semester depan hu hu hu

    Novel JANGAN TEGUR! minggu depan siri 5 dah ada di pasaran. Cuti nanti, saya perlu menulis untuk siri 50 hingga 100 untuk keluaran 3 hingga 4 tahun akan datang. jika mendapat sam,butan, mungkin hingga tamat ASWARA atau hingga umur pnjang, saya kan terus menuli siri-siri berikutnya… syy.. jangan tegur


     
     

    TAKZIAH GURU


    AL-FATIHA kepada Ustaz Sapuan, bekas guru besar Sekolah Agama Rakyat Felda Linggiu Kota Tinggi Johor (sekolah saya) yang telah kembali ke Rahmatullah pada hari ini… Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat. Teringat, semasa saya masih kecil, pernah belajar dikelasnya. Semasa umur saya 8 tahun, sewaktu mengikuti kelas KAFA dan belajar di kelasnya sewaktu darjah 2 (umur 10). Masa tu, masih kanak-kanak, hobi saya melukis. Tapi, akhirnya bila dah remaja sekarang, saya menjadi penulis bukan pelukis. Dalam lipatan kenangan, Sek Agama Felda Linggiu Kota Tinggi Johor (1994-2002)