• Meta



  • FILEM ‘APA KATA HATI?’ MENCUIT HATI

     

     

           Filem ‘Apa Kata Hati?’ mula ditayangkan di pawagam bermula 29 Mei 2008. Filem arahan saw Teong Hin ini bertemakan genre komedi dan romantik sesuai untuk tontonan masyarakat terutamanya golongan muda yang sedang hangat bercinta.

         Lebih menarik lagi, penyanyi rock terkenal Malaysia, Awie buat pertama kali muncul sebagai lelaki lembut dalam filem Tayangan Unggul dengan kos perbelanjaan RM1.4juta. Dalam filem ini, penulis skrip, Meor Shariman telah mencetus kelainan dalam bentuk penyampaian cerita dengan menjadikan Raja Farah yang memegang watak sebagai Elly telah mendapat anugerah apabila mampu mendengar kata hati lelaki.    

          Filem ini bukan sahaj mencuit hati, tetapi membawa kepada satu naratif kisah melodrama yang diselitkan dengan unsur komedi. Watak Elly (Raja Farah)  memiliki satu keajaiban tersendiri apabila dia dapat mendengar hati lelaki.

         Selain menyelitkan keindahan kota raya Kuala Lumpur, Saw Teong Hin turut menjadikan Menara Berkembar Petronas (KLCC) yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia  sebagai lambang cinta antara watak Elly (Raja Farah) dan Aidil (Farid Kamil).

             Apa Kata Hati yang diterajui oleh Raja Farah  turut menampilkan ‘come-back’   Fauziah Dato’ Ahmad Daud selepas 14 tahun tidak muncul di layar perak. Filem terakhir Fauziah Dato’ AhmadDaud sebelum Apa Kata Hati ialah ‘Simfoni Cinta’ arahan M.Nasir pada tahun 1994.

          Filem Apa Kata Hati turut menampilkan Dynas, Awal Ashaari, Kartina Aziz, Harun Salim Bachik,  AC Mizal dan juga 17 pelakon ‘cameo’ iaitu Rosyam Nor, Sofea Jane, Erma Fatima, Umie Aida, Vanidah Imran, Adlin Aman Ramlie, Mamat Khalid, Shaharuddin Thamby, Radhi Khalid, Nasir Jani, Syanie, Joanne Kam Po Po, Mek (Salam Pantai Timur), Murali Abdullah, Mila AF5, Dafi AF5 dan Farha AF5.