• Meta


  • NOVEL MISTERI SENSASI ‘JANGAN TEGUR’ BAHAGIAN 6


    JANGAN TEGUR

     

    Novel ngeri,misteri sensasi secara bersiri bahagian 6 sudah berada di pasaran. Dapatkan akhbar rasmi MEDIA TERKINI.

    Media rasmi: MEDIA TERKINI

    website rasmi: www.jangantegur.com

    Email rasmi: jangantegur@yahoo.com  jangantegur@gmail.com   

    Penulis rasmi: M.F Kencana (ASWARA KL)


     
     

    AKTIVITI ASWARA


    Walaupun harga minyak naik, tetapi ASWARA tetap bermurah hari mengadakan pelbagai majlis dan mengundang sesiapa sahaja untuk hadir secara percuma.

    1. MALAM GELAB DI BUKIT DAMANSARA

    TARIKH: 21 & 22 JUN 2008, 8.30 malam di Panggung Eksperimen ASWARA 

    SINOPSIS

    Teater karya Rahim Razali ini memaparkan sebuah keluarga yang tinggal di sebuah banglo mewah di Bukit Damansara yang berlatarkan tahun 90an. Kisah ini bermula apabila lampu terpadam kemudian…. (nak tau, datang la ASWARA)

    2. BICARA EKSEKUTIF BUDAYA SEMPENA BULAN SENIMAN 2008

    TARIKH: 21 Jun, 10 pagi, Panggung Eksperimen ASWARA

    Merupakan medan perhimpunan dan pertukaran pengetrahuan teater. Program ini dinajurkan oleh ASWARA dengan kerjasama Pejabat Kebudayaan Kesenian dan Warisan wilayah Persekutuan serta Majlis Teater Malaysia.

    Program ini menyediakan ruang kepada aktiviti dan organisasi  teater khususnya dalam kalangan pensyarah, pelajar, penggiat seni dan sesiapa sahaja dalammemperkembangkan dunia teater.

    3. BENGKEL ASAS LAKONAN DAN PENGARAHAN TEATER KANAK-KANAK

    TARIKH: 23-26 Jun 2008, 9.30 pagi, Panggung Eksperimen ASWARA

    Bagi merealisasikan penghasilan teater yang baik dan berkualiti, satu bengkel Asas Lakonan dan Pengarahan Teater Kanak-Kanak akan diadakan. Bengkel ini diharapkan dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang bermanfaat.

    4. SEMINAR SASTERAWAN DALAM PEMBINAAN PERADABAN MALAYSIA

    TARIKH: Selasa 24 Jun, ASWARA

    a)PERSEMBAHAN SENI TRADISIONAL Panggung eksperimen ASWARA, 8.45 malam

    b) SEMINAR, 8.30 pagi 5 petang.

    C) MALAM GEMA PUISI WARISAN, 8.45 Malam diacarakan oleh Sabri Yunus

    5. SEMINAR SASTERAWAN, 25 Jun, dewan Kuliah ASWARA

       9 .30 pagi-6 petang 

     

    Semua dijemput hadir terutamanya kepada wartawan, bloger dan penggiat seni…

    (saya sendiri, kalau masa free rasanya datang la kot.. he he he)


     
     

    JOM LAYAN DRAMA


    Telemovie: Takbiratul Ihram

    Tajuk: Takbiratul Ihram

    Genre: Semi Light Comedy
    Durasi: 90 minit
    Skrip & Cerita Asal: Zaini Kosnin (Iniaz, K.)
    Terbitan: Zeel Production Sdn. Bhd.
    Siaran: Astro0 ulasan

    Telemovie: Impian Zanita

     
    Tajuk: Impian Zanita
    Genre: Romantic
    Durasi: 90 minit
    Arahan: Zulkiflie M.Osman
    Idea Asal: Gina Lahre
    Skrip: Zaini Kosnin (Iniaz, K.) - Panel Skrip Shootingstar Media
    Terbitan: Shootingstar Media Sdn. Bhd.
    Siaran: Astro
     


     

    SUMBER: zainikosnin.blogspot.com

    …teringin tulis drama cinta-M.F Kencana


     
     

    FILEM SEPI MENGUBAT KESEPIAN


    FILEM SEPI MENGUBAT KESEPIAN

    Selepas filem “Cinta”, karya layar perak pertamanya, Kabir Bhatia kembali dengan filem ‘Sepi’ untuk mengubat kesepian penonton dengan cerita yang menarik. Filem ini Diterbitkan oleh Alternate Studio, sebuah divisyen produksi Grand Brilliance Sdn Bhd (GB).

    Sepi menyaksikan kolaborasi Ara dan Mira Mustafa dalam penghasilan skripnya selepas kali pertama bergandingan bahu di dalam Cinta yang dinobat Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-20 tahun lalu.Sepi masih berpaksikan pada tema cinta, tetapi kali ini ia membicarakan mengenai kesepian dalam cinta menerusi perjalanan tiga cerita, berlatar visual hebat dan mainan warna yang menterjemah suasana dan emosi yang dilalui setiap daripada karektornya.

    Namun, menurut Kabir, tidak seperti Cinta di mana karektor daripada lima ceritanya tidak berkait secara langsung, kisah di dalam Sepi berpaut antara satu sama lain untuk menjadikannya sebagai satu penceritaan yang sempurna. Bagaimana, katanya, satu insiden memberi kesan kepada kehidupan setiap karektornya.

    Kabir berpendapat Sepi sudah mencapai kejayaan awal kerana berjaya memikat pelakon berbakat dan terkenal tanahair seperti Afdlin Shauki, Nasha Aziz, Vanida Imran, Eja, Pierre Andre dan Tony Yusof, Ia juga menampilkan muka baru, Baizura Kahar dan Syed Hussain, bekas anggota kumpulan Ruffedge.

    “Saya suka bercerita menerusi visual. Saya percaya, apabila seorang penonton pergi ke panggung dan membayar RM10, dia berhak mendapat perjalanan yang penuh rasa dan emosi. Ia haruslah sesuatu yang tidak akan anda perolehi di depan TV,” ujar Kabir.

    Sinopsis

    Jalan menemui kebahagiaan tidak selalunya mudah. Untuk Adam, Sufi dan Imaan,  sepi terlebih dulu menjengah hati mereka. Sepi membuat mereka mencari cinta, memilih cinta, dan menggengam cinta. Sepilah mengajar mereka erti cinta.

    Adam seorang chef yang berjaya, dan kek perkahwinannya sering menjadi idaman pengantin. Dia sentiasa menghadiri majlis majlis perkahwinan – tanpa pasangan. Walau sentiasa dikelilingi teman-teman, Adam rasa tersendiri. Walau sentiasa kelihatan ceria, hatinya tercari-cari. Dia inginkan seseorang untuk berkongsi bahagia.  Tapi mungkinlah cinta yang dicari, telah lama berada di depannya?

    Setelah kematian isterinya, Sufi terbeban dengan memori. Hatinya yang kosong enggan meneruskan hidup tanpa kekasih hati. Dia berlari - menjauhkan diri dari realiti kehidupan, kerjaya, malah anaknya sendiri. Tidak terbayang olehnya cinta akan menjenguknya lagi. Bukankah cinta datang hanya sekali dalam hidup?

    Bermula 26 Jun di panggung.

    http://www.sepithemovie.com

    … sepinya rasa hati bersendiri….. hu hu hu


     
     

    PELAKON BARU BODEK PENGARAH?


    JOM GOSIP…

    Aa seorang pengarah ni, rimas dengan gelagat si pelakon muda ni yang sibuk nak kejar popular. Siang malam asyik call tanya ‘tak nak pakai pelakon ke?"  Letih pengarah ni nak melayan budak-budak yang baru nak naik ni. Hai, apa nak jadi la sekarang ni. Baru keluar TV dua tiga kali berlakon tak sampai 10 drama dah berlagak popular. Dunia seni Malaysia ni kecil je.. pusing-pusing jumpa balik muka yang sama… Tak payahlah nak bodek pengarah. Kalaui betul-betul ada bakat berlakon, pengarah akan ‘tangkap’ kita, bukannya kita cari pengarah…

     tak reti berlakon…