• Meta


  • TEMUBUAL EKSLUSIF DAFI AF 5 UNTUK LAMAN WEB WWW.JANGANTEGUR.COM


      BICARA ISU INDUSTRI SENI

     Zaman sekarang ni kan, banyak betul kes ciplak, plagiat atau cedok hasil kerja orang. Sebagai artis baru, apa pendapat?

     DAFI: Pada Dafi apa pon yang kita buat…haru ikhlas dan ada kejujuran..buat benda baik dibalas baik..buat buruk dibalas buruk…tuhan maha adil…sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga…jadi sebelum melakukan apa2 perkara…fikirkan dulu implikasi keatas diri sendiri…bukan fikir short term je tetapi jangka masa panjang..jangan melakukan benda2 yang akan mendatangkan buruk pada diri sendiri.

     Ok, gossip hangat ni. Tau kan sorang perempuan artis ni (nama dirahsiakan). Dia ni suka jaja gosip untuk meraih populariti. Siap call wartawan suruh siarkan artikel tentang dia. Jadi, apa komen you? 

     DAFI: Any kind of publicity is a good publicity…tapi kalau dah sampai tahap mejaja cerita tu dah suatu benda yang tak elok..biar kita dikenali kerana kerja kita..bukan sebab gossip..jangan sampai diri nampak macam murahan..lama kelamaan takut orang akan meluat dengan kita.

     Naik rimas saya dengar lagu-lagu ‘pendatang asing’ kat radio. Cukuplah kat KL kat Masjid India, Pasar Seni, dan macam-macam lagi dah penuh dengan pendatang asing, sampai radio Malaysia pun menyokong. Ok lah,  cerita lah sikit tentang isu kebanjiran artis luar negara yang ‘mengancam’ artis tempatan ni…

     DAFI: Pada dafi perkara ni memang dah makin serius…kita boleh pandang sebagai suatu persaingan yang sihat tapi ada batasnya…sebagai contoh stesen2 radio sekarang lebih banyak memainkan lagu2 dari seberang dari lagu tempatan, peminat labih menyokong artis luar..ini tak sepatutnya terjadi…kalau kita tak support local industry kita sendiri siapa lagi? kalau nak tengok improvement on our local industry..we have to show support supaya industri boleh terus improve dan lebih maju.

     Album sekarang banyak tak laku dengarnya sebab kemajuan teknologi. Yer ker faktor kemajuan teknologi yang menyebabkan album tidak terjual dipasaran. Lagipun banyak syarikat rakaman nak ‘bungkus’ dah. Penyanyi-penyanyi pula dha tak nak menyanyi. Dah sibuk nak berlakon lah pulak…

     DAFI: tak dinafikan zaman sekarang dah ada macam2 medium untuk download lagu dan sebagainya…memang agak sedih sebab perkara ni effect industry & artis..tapi not much can be done…apa yg kita boleh lakukan ialah mula buat apa yang dilakukan di negara luar dimana lagu2 contonya dijual dalam bentuk download supaya boleh lebih relate dengan pengguna2 zaman sekarang.

     

    PERKEMBANGAN TERKINI

     

    Apa cerita album terbaru? Filem ke atau drama ke?

     DAFI: Alhamdulillah dafi dah pon siap merakamkan 10 buah lagu untuk album pertama dafi…album ni nanti  kalau takde apa2 akan keluar insyaallah dalam bulan 10 tahun ni…akan ada 8 lagu dari local composer yg terdiri daripada lagu2 ciptaan in-house composer KRU termasuk Abg. Edry sendiri…dan 2 buah lagu dari indonesia..sebuah lagu duet bersama Gita Gutawa "2 hati menjadi 1" ciptaan Yovie Widianto & sebuah lagi lagu ciptaan Badai Kerispatih bertajuk "Diantara"…album ni nanti akan turut dipasarkan di pasaran indonesia…lagu single terbaru dafi "Adinda" dah mula di mainkan di radio2 tempatan. Filem pertama lakonan dafi "Sayang you can dance" akan ditanyangkan pada penghujung tahun ni…dalam filem ni dafi memainkan watak "Daniel" cousin kepada Mia(sharifah armani)..meraka sgt close sejak kecil…dan sangat suka menari…apabila habis sekolah..mia pergi ke singapore untuk meneruskan pelajaran & Daniel pula tinggal di KL dan menjadi seorang dancer…apabila Mia balik ke Kl…daniel telah menyeludup Mia masuk ke dance world…dan dari situ akan mula timbul macam2 konflik dan cerita…kalau nak tau kenapa dafi ckp SELUDUP dan apa konflik2  tu…kenalah tonton "Sayang You Can Dance" di pawagam. =). Aktiviti Terkini, Dafi sekarang sedang proses untuk melengkap kan 1st album dafi….selain mengikuti undangan Show & fotografi…dafi juga sedang sibuk belajar dalam jurusan Sound & Music di LimKokWing University Cyberjaya…sekarang dafi dlm semester yg ke-3

      

    RAYA PUNYA CERITA

     

    Apa cerita persiapan raya ni?

     DAFI: Tahun ni dafi buat 2 pasang baju raya….1 kuning and 1 purple..yang pasti nak make sure puasa tahun ni penuh mcm tahun2 sebelum ni, baru rasa puas beraya..yg seronoknya jadi artiste ni pada dafi..selain persiapan raya yang seperti biasa…dafi ada jugak acticity macam photoshoot untuk majalah2 dah rakaman program tv sempena Hari Raya nanti..dan yang paling tak sabar nak tunggu sopping raya ngan family..hehehe…

      Ok, ucapan raya lah  pulak?

     DAFI: Dafi nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua…semoga raya tahun ni membawa 1 lagi kenangan indah dalam hidup anda semua..maaf zahir & dan Batin…adik2 jgn main mercun & berhati-hatilah di jalan raya.

      

    SOALAN PANAS BEB!

     

    Raya tahun ni, tak raya dengan  Gita Gutawa ke?

     

    DAFI: hahahah…Gita dan Dafi cuma kawan je laaaa….kami berjumpa pon baru berapa kali je..bila pulak nak jatuh cinta..dafi akui dia comel,smart & sangant berbakat & dafi beruntung sangat sebab dapat bekerja sama dengan Gita..tapi antara kitorang takde feeling2 apa..kawan je..harap dapat bekerjasama dengan dia lagi lepas ni..


     
     

    DRAMA RENJIS MUSIM 2: NANTIKAN KEMUNCULANNYA


     

    Syy… Jangan Tegur

     

     

     

     

    RENJIS MUSIM 2.

     

    NANTIKAN

     

    KEMUNCULANNYA DI

     

    ASTRO RIA!!!

     

    (NOVEMBER 2008)


     
     

    NOVEL BERSIRI ‘ JANGAN TEGUR’ EPISOD 9


    NOVEL BERSIRI ‘ JANGAN TEGUR’ EPISOD 9

    Syy, jangan tegur. hu hu hu. Novel bersiri ‘Jangan Tegur’ episod 9 akan berada di pasaran pada pertengahan bulan Ogos ini di akhbar rasmi MEDIA TERKINI keluaran 1 September 2008. Ikuti kisah pengembaran ke dunia misteri. Novel ini telah diadaptasikan menjadi sebuah skrip filem lakon layar untuk projek tahun satu semester satu yang lepas dalam kelas Teori Penulisan Filem & TV untk fakulti penulisan.  Skrip filem ‘Jangan Tegur’ itu juga telah menimbulkan konflik dengan beberapa pihak tertentu melibatkan isu yang dikaitkan dengan kes plagiat dan sebagainya.

     Akhbar MEDIA TERKINI terbit sejak tahun 1998. Dah ada kat kedai. Kedai                      mamak  pun ada.


     
     

    GOSIP MINGGU INI (11 OGOS)


    GADUH SESAMA ARTIS REBUT PANGKAT & GELARAN

    Gosip terbaru antara dua orang artis lelaki terkenal. Diringkaskan ceritanya, masing-masing berebut nak menjadi bakal pengganti tokoh X yang terkenal. Artis A kata, artis B tidak layak digelarkan sebagai bakal pengganti tokoh X. Artis a kata, dirinya lebih layak kerana telah berpuluh-puluh tahun berjuang dalam dunia seni.

    TERPAKSA KELUAR DUIT POKET

    Ini kes membabaitkan seorang pemain gitar sebuah kumpulan muzik . Kasihan pula tengok dia, penat-penat buat persembahan semata-mata nak tampung pelajaran di ASWARA. Tapi, lepas show, dia ni balik naik kereta. Lepastu kena tahan dengan seseorang. Oleh kerana lesen memandunya telah mati, maka orang yang menahannya pun berkata, “Keluarkan semua duit yang ada dalam dompet.” Faham-faham lah yer.

    DIMANA HAK PEJUANG SENI?

    Saya baru habis kuliah. Dalam kuliah, sempatlah menggosip ketidakpuashati sistem hak terhadap penggiat seni. wajarkah seorang pejuang seni hanya mendapat bayaran RM 30 ribu sahaja setelah berpuluh-puluh tahun memperjuang dunia seni negara? Wajarkah seorang lelaki diberi gelaran datukl hanya kerana bangga berenang menyeberang laut? wajarkah?


     
     

    APA ITU CINTA DALAM KONTEKS TEORI JANGAN TEGUR?


    HARI INI, 8/8/2008, TIBA-TIBA SAYA TERDETIK UNTUK MEMBICARAKAN ISU CINTA DALAM KONTEKS ‘JANGAN TEGUR’.

    Apa itu cinta? Jika ditanya sedemikian, saya hanya mampu menjelaskan dalam teori ‘JANGAN TEGUR’ (teori ciptaan M.F Kencana), cinta adakalanya tidak perlu ditegur. Ada pendapat lain mengatakan perlu ditegur perasaan cinta untuk mewujudkan atau menjalinkan sesuatu hubungan cinta itu.

    Namun, dalam teori ‘JANGAN TEGUR’ menekankan bahawa cinta tidak perlu ditegur. Apabila merasa sesuatu perasaan cinta untuk kali pertamanya, syy… jangan tegur. Berpegang dan percayalah bahawa jika itu adalah cinta, sudah tercatat cinta itu milik kita. Tidak perlu ditegur dan jangan tegur. Biarkan saja dan lama kelamaan akan ditegur secara sedikit demi sedikit.

    Apabila berbicara tentang cinta, cinta merupakan sesuatu yang sangat misteri untuk dihujahkan atau diperkatakan. Perkataan ‘CINTA’ diungkap dengan meluas. Cinta merupakan satu perasaan ganjil yang sangat sukar untuk dijelaskan. Cinta adakalanya datang tidak menduga, adakalanya hadir tidak diundang, adakalanya datang secara kebetulan.

    ‘CINTA’ dinamakan ‘CINTA’ apabila sepasang kekasih telah melalui proses mencintai dan dicintai.

    Hmmm… apa saya merepek ni? :)