• Meta


  • FORMAT SKRIP OH FORMAT SKRIP


    Skrip tak de format. Ikut sukalah asalkan boleh paham!

    Kalau yang melayu:

    1. LUAR . HUTAN - MALAM

    Paparkan kawasan hutan berhampiran sungai. Bunyi air sungai deras kedengaran. JEMBALANG (22) berpakaian koyak rabak sedang berlari laju dikejar oleh POCONG (23) berpakaian bungkus serba putih lusuh kotor melompat-lompat.

    1.POCONG:
    (jerit)
    Oii, nanti oii!

    2.JEMBALANG
    (takut)
    Jangan… jangan.. jangan…

    Jembalang berlari ketakutan. Sesekali terjatuh dan bangkit kembali. Pocong masih mengekorinya. POCONG mengumpul sebanyak tenaga dan melompat setinggi-tingginya dan mendarat terpacak betul-betul di hadapan JEMBALANG.

    3.POCONG
    (sergah)
    Har, mana mau lari ar?

    4.JEMBALANG
    (terkejut)
    Erk, jangan! Jangan!

    5.POCONG
    (marah)
    Ooo.. nak lari yer…
    pulangkan balik.
    Pulangkan balik…

    6.JEMBALANG
    Nanti aku pulang..
    nanti aku pulang

    7.POCONG:
    Suka hati mak bapak kau
    je hah curi sabun aku…

    8.JEMBALANG:
    Alar, aku ambik je bukan
    curi…

    9.POCONG:
    Samalah tu mangkuk! Tengok
    ni, uniform aku dah dua hari
    tak basuh tau tak!

    Jembalang wajah kesal tunduk malu. Dia mengeluarkan sabun dari celah poket bajunya dan memberikan kepada pocong.

    TUKAR KEPADA:

    Kalau yang Inggeris:

    1. EXT. HUTAN – NIGHT
    CASTING: POCONG,JEMBALANG

    Establish kawasan hutan berhampiran sungai. Bunyi air sungai deras kedengaran. JEMBALANG (22) berpakaian koyak rabak sedang berlari laju dikejar oleh POCONG (23) berpakaian bungkus serba putih lusuh kotor melompat-lompat.

    1.POCONG:
    (jerit)
    Oii, nanti oii!

    2.JEMBALANG
    (takut)
    Jangan… jangan.. jangan…

    Jembalang berlari ketakutan. Sesekali terjatuh dan bangkit kembali. Pocong masih mengekorinya. POCONG mengumpul sebanyak tenaga dan melompat setinggi-tingginya dan mendarat terpacak betul-betul di hadapan JEMBALANG.

    3.POCONG
    (sergah)
    Har, mana mau lari ar?

    4.JEMBALANG
    (terkejut)
    Erk, jangan! Jangan!

    5.POCONG
    (marah)
    Ooo.. nak lari yer…
    pulangkan balik.
    Pulangkan balik…

    6.JEMBALANG
    Nanti aku pulang..
    nanti aku pulang

    7.POCONG:
    Suka hati mak bapak kau
    je hah curi sabun aku…

    8.JEMBALANG:
    Alar, aku ambik je bukan
    curi…

    9.POCONG:
    Samalah tu mangkuk! Tengok
    ni, uniform aku dah dua hari
    tak basuh tau tak!

    Jembalang wajah kesal tunduk malu. Dia mengeluarkan sabun dari celah poket bajunya dan memberikan kepada pocong.

    CUT TO:


     
     

    RENJIS MUSIM 2 KEMBALI: Bermula 22 Oktober disaluran ASTRO RIA


    SAKSIKAN SAMBUNGAN RENJIS MUSIM 1 YANG LALU. APA YANG TERJADI KEPADA M.F KENCANA? EH SILAP…  SILAP… he he he…… APA YANG BERLAKU KEPADA ELYANA (KIRANA)? SIAPAKAH JEJAKA YANG BERJAYA MENEMPAH NAMA DI HATI KIRANA? ADAKAH DEAN? ATAU RAFIQ? SIAPA PULA JEJAKA BERNAMA BUDI YANG MUNCUL MEMIKAT KIRANA? Nak tau? tengok yer astro…

    RENJIS (MUSIM 2) SALURAN 104: ASTRO RIA

    TARIKH/MASA : MULAI 22-OKTOBER 2008,

    SETIAP RABU, 9.05 MLM

    DRAMA BERSIRI : 13 EPISOD

    DURASI: 45 minit x 13 EPISOD

    PENERBIT : ASIA MEDIA CONTENT SDN BHD

    PENGARAH : JAMAL KHAN

    PENULIS SKRIP: MAIZURA IDERIS, M.F KENCANA, NUR ILHAN, M.FAIRUZ PADOLI

    PELAKON : ELYANA, SYED ALI, ASRAF MUSLIM, SHERRY IBRAHIM, LIZA ABDULLAH, KAMAL

    GENRE : KOMEDI

     

    OLEH: MAIZURA IDERIS www.drama-renjis-astro.blogspot.com

    RENJIS MUSIM KEDUA MULAI 22 OKTOBER 2008 Drama bersiri Renjis telah bersiaran di Astro Ria (104) mulai 21 Mei hingga 13 Ogos yang lalu. Sambutan penonton membawa siri ini ke musim kedua mulai 22 Oktober (Rabu depan) jam 6 petang dan 9 malam. Renjis 2 menyambung semula kisah percintaan Kirana yang ‘terbengkalai’ dalam musim lalu. Bagaimanapun, kerjaya Kirana sebagai perancang perkahwinan tetap berjalan seperti biasa. Begitu juga dengan tanggungjawabnya sebagai anak sulung dalam sebuah keluarga kecil yang ‘kehilangan’ ketua keluarga bergelar ‘lelaki’ sejak 10 tahun lalu. Musim kedua mengekalkan lima pelakon asal iaitu Elyana sebagai Kirana, Liza Abdullah (Seri), Asraf Muslim (Kelana), Sherry Ibrahim (Karmila) dan Syed Ali (Rafiq). Muka baru untuk musim ini ialah Ahmad Kamal Ahmad Adli sebagai Budi dan Samsol Ezany sebagai Ari. Asraf Sinclair yang membawakan watak utama iaitu Dean/Alauddin dalam musim lepas, kini akan muncul sebagai watak undangan. Jangan lupa temu janji anda di Astro Ria Rabu ini. ELYANA (KIRANA) ASHRAF SINCLAIR (DEAN/ALAUDDIN) SYED ALI (RAFIQ) SHERRY IBRAHIM (MILA) ASHRAF MUSLIM (KELANA) LIZA ABDULLAH (SERI)

    RENJIS: "… drama 13 episod yang bersiaran di Astro Ria, setiap Rabu jam 9.30 malam itu berjaya mencipta rekod membanggakan dan menjadi antara drama siri tempatan paling popular di Astro"- Harian Metro.

     Jom klik sini: www.jangantegur.blogspot.com kalau nak tengok beberapa foto sewaktu penggambaran drama ‘RENJIS’ 

     


     
     

    APA CERITA ‘JANGAN TEGUR’?


     

    David Teo rugi gara-gara Pierre Andre?


     

    David Teo

    SUMBER: UTUSAN MALAYSIA

    Produser filem terkenal David Teo dengar ceritanya macam nak naik angin satu badan kerana filem terbaru Jangan Tegur terbitan syarikatnya kena buat penggambaran semula.Filem arahan Pierre Andre itu khabarnya tak memenuhi beberapa kriteria. Terdapat beberapa adegan dalam filem itu yang jadi gelap gelita macam orang buat penggambaran dalam gua.Pada majlis berbuka puasa di restoran Lemon milik David yang terletak di Mines, Sri Kembangan, Selangor Isnin lalu, Niezam bertanya kesahihan cerita itu.Bukannya apa, macam-macam cerita yang orang heboh perkatakan mengenai hubungan David dengan Pierre yang dikatakan tak beberapa ngam sejak kebelakangan ini. Daripada kita dengar mulut orang, lebih baik kita tanya tuan punya badan apa sebenarnya berlaku? Betul ke dia menyesal ambil Pierre mengarah filemnya?Kata David, dia memang mengakui agak kecewa apabila filem itu terpaksa dibuat pengambaran semula kerana ia membabitkan kos kira-kira RM70,000.Penggambaran semula itu katanya melibatkan tujuh adegan yang dikenalpasti tidak memenuhi kualiti selepas suntingan akhir dilakukan.“Ada beberapa adegan yang gelap. Imej pelakon tak nampak, imej hantu pun tak nampak. Luka tangan orang yang kemalangan pun tak boleh nak tengok. Gelap-gelita jadinya. Macam mana orang nak tonton filem ni?” kata David yang menjangkakan tayangan filem itu pada bulan April atau Mei tahun hadapan.Masalah itu berpunca apabila Pierre dikatakan nak buat eksperimen tidak mahu menggunakan lampu untuk beberapa adegan pada waktu malam.Kerana perkara itu, penggambaran yang sepatutnya memakan masa hanya 30 hari terpaksa ditambah lima hari lagi.Dalam hal ini kata David, dia tak mahu marahkan Pierre tetapi akan terus memberi peluang dia mengarahkan filem-filemnya. Sebagai pengarah muda kata David, Pierre mungkin ada banyak idea tetapi tak semua benda yang dilakukan itu menjadi.Walaupun Pierre membenarkan David memotong bayaran yang diberi kepadanya sebagai ganti rugi tapi menurut David dia tak sampai hati nak buat begitu.David anggap kesilapan itu perkara biasa. Walaupun rugi RM70,000 tapi jumlah itu boleh diganti balik. Yang penting dia nak tengok filem Jangan Tegur ada kualiti dan Pierre dapat terus menyumbang idea dengan syarikatnya.Tambah David setiap kejayaan itu bermula dengan kesilapan tapi kalau dah tahu silap, akan datang perkara yang sama harap-harap tak berulang lagi.Sebagai pengarah muda Pierre memang berbakat. Salah silap sikit tu biasalah. Tapi jangan kerana silap itu kerana konflik cinta yang Pierre hadapi sekarang ni. Harap-harap Pierre dapat atasi masalah itu dengan baik.

    NIEZAM: Selamat Hari Raya kepada pembaca, artis dan kawan-kawan. Minta ampun kalau ada salah dan silap.

    M.F Kencana: Hmm… no komen.

    Pierre naik angin ditanya gosip mengenai Maya Darina
    Oleh: Zubir Mohd Yunus  zubir@bharian.com.my
     


    Pierre enggan menjawab soalan wartawan B*Pop dan Melodi.

     

    KEMELUT sama ada kekasih terbaru Pierre Andre, Maya Darina Dahlan Hain wujud atau sekadar ilusi hampir menemui jawapannya apabila pelakon, penulis skrip dan pengarah filem muda itu berjaya dijejaki di lokasi penggambaran semula filem Jangan Tegur di sebuah banglo mewah di Taman Bukit Indah, Ampang, tengah malam Isnin lalu. Ia bertujuan dalam usaha mendapatkan pengesahan daripadanya sama ada Maya atau Elie atau Molie atau Melia adalah orang sama. Penulis bersama jurugambar, Affendi Mohamed disertai wakil Melodi TV3 - Michalle Wee dan jurukamera, Shazwani mendapat maklumat, Pierre yang selama ini ‘menyembunyikan’ diri daripada bertemu pihak media gara-gara dakwaan bercinta dengan gadis dikenali sebagai Maya Darina, sedang menyelesaikan penggambaran hari terakhir Jangan Tegur pada 22 September lalu. Kedatangan kami ke lokasi penggambaran, sememangnya tidak mendapat undangan sesiapa kerana dikhuatiri Pierre akan menghilangkan dirinya. Team ‘terjah’ B*Pop dan Melodi tiba di perkarangan banglo kira-kira jam 10 malam. Kami menyelinap masuk ke banglo berkenaan apabila menyedari Pierre bersama beberapa krew berada di anjung menyiapkan rutin penggambaran mereka.Setibanya di tingkat satu banglo itu, kami mendapati pelakon utama Jangan Tegur, Julia Ziegler yang disolek watak hantu baru saja menyelesaikan salah satu babaknya. Namun, kelibat Pierre masih belum kelihatan. Kami berlegar-legar di hadapan sebuah bilik yang dipercayai Pierre berada di dalamnya. Hampir 10 minit menunggu, team kami didatangi Pengurus Produksi (PM) Jangan Tegur, Mokharul Shamsul Mokhtar atau Aseh.

    Pierre terus beredar meninggalkan lokasi penggambaran Jangan Tegur.

     

    Aseh menyambut baik kedatangan kami, sekali gus meminta supaya tidak mengganggu Pierre sehingga dia menyiapkan baki penggambarannya hari itu. Sementara menunggu peluang sesuai bertemu Pierre, kami dipelawa minum oleh Pengarah Penasihat Jangan Tegur, Ahmad Idham. Selepas hampir empat jam kami ‘berembun’, akhirnya jam 2 pagi barulah produksi berkenaan berhenti rehat. Peluang berkenaan digunakan untuk bertemu Pierre di tingkat atas banglo berkenaan. Setibanya di situ, Pierre dilihat berada di muka pintu satu bilik sambil bersembang dengan Julia. Salam diberi, Pierre menoleh ke arah kami, dia bersalaman dengan Michelle dan penulis. Kami memberitahu Pierre tujuan bertemunya. Namun, agak mengejutkan, Pierre kemudian tidak mempedulikan kami dan terus membelakangkan kami untuk menyambung semula perbualannya bersama Julia! Pada masa itu penulis menegur Pierre dengan nada tegas apabila tingkah lakunya itu dilihat tidak profesional.
    “Saya ada hak untuk berdiam diam! ini personal, saya tak mahu cakap apa-apa,” kata Pierre apabila menyedari penulis bengang dengan tindak tanduknya. “Saya lebih suka diam, terima kasih kerana datang,” kata Pierre menjawab pertanyaan Michelle yang mahukan dia berterus terang mengenai perkara sebenar, terutama isu berkaitan cintanya dengan gadis bernama Maya.

    Wartawan kejar Pierre

    Tidak semena-mena Pierre terus bergegas menuruni tangga dalam usahanya melarikan diri daripada kami. Penulis, Affendi, Michelle dan Shazwani terus mengejar Pierre hingga ke perkarangan rumah.“Pierre, ini bukan you!,” kata Michelle apabila melihat Pierre terus berjalan laju tanpa menghiraukan pertanyaan media. Selama mengenali Pierre, dia sentiasa menghormati orang yang lebih tua daripadanya dan mudah mesra, namun pagi itu sikap Pierre begitu agresif terhadap media, mengejutkan kami!
    “Pierre kau komen gambar ni, siapa perempuan ni? Kita nak penjelasan apa yang berlaku selama ini, apa yang berlaku pada Faizal Tahir, Farah Asyikin, Farid Kamil dan terbaru dengan Pierre Andre?,” kata penulis sambil menunjukkan kepada Pierre gambarnya bersama seorang wanita yang dikatakan sebagai Elie atau Molie atau Melia, sekali gus mendakwa dirinya Maya Darina, anak orang kaya sedang mengidap penyakit jantung!
    “Nothing to said…,” kata Pierre yang sebelum itu merenung tajam ke arah penulis yang seolah-olah menahan geram. Mujur saat itu Aseh yang berada di sisi Pierre menghalang sebarang kemungkinan yang tidak diingini sambil mengurut lembut belakang badan Pierre.

    ‘Jangan sentuh saya!’

    “Saya okey, saya shooting, setakat ini projek akhir saya ialah Jangan Tegur. Saya kena reshoot sebab ada masalah teknikal. Tak ada apa-apa yang terjadi pada saya. Tiap-tiap minggu keluar cerita yang nak jual surat khabar,” kata Pierre seperti menuduh pihak media memaparkan kisah Maya Darina dengan tujuan semata-mata mahu melariskan jualan akhbar.

    “Don’t touch me!,” kata Pierre kepada Michelle yang cuba menghalang pergerakannya menuju ke kereta.

    Pierre terus meninggalkan pihak media yang masih menanti jawapannya. Tanpa mempedulikan rayuan penulis dan Michelle supaya dia tidak pergi, Pierre terus masuk ke keretanya model Chevrolet Aveo warna putih dengan nombor pendaftaran WLW 7266. Ketika mengundurkan keretanya dengan laju, ia nyaris terkena kaki Michalle dan Shazwani yang jaraknya tidak sampai 30 sentimeter dari tayar kereta berkenaan! Pierre terus memecut laju keretanya, sekali gus meninggalkan set pwenggambaran Jangan Tegur sekalipun penggambaran belum selesai, sementara pelakon lain dan krew masih berhenti rehat makan tengah malam (supper break). Sikap Pierre yang bertindak agresif dan tidak menghormati media, jelas memperlihatkan dia tidak profesional menangani gosip mengenai dirinya dengan Maya Darina.

    M.F KENCANA: Bidang kewartawanan yang mencabar berhadapan jutaan karenah artis. Oh sukarnya…


     
     

    NOVEL BERSIRI ‘JANGAN TEGUR’



      BAKAL ‘DITEGUR’ DI PASARAN 2009/2010