HISTERIA FILEM LESBIAN & MAIN BUNUH-BUNUH
Filem ni membuatkan aku terperanjat terkejut beruk. Tapi terkejut bukan sebab tengok cerita ni. Tapi sebab beberapa orang pondan di belakang aku menendang kerusi aku dengan menjerit terkejut sebab tengok cerita ni. Ish pondan ni! Kalau takut tu, jangan lah tengok cerita ni. Pergi tengok Selamat Pagi Cinta ke ape ke…
Histeria papar imej filem Malaysia ke Holywood selaras temanya jugak yang kata histeria tu filem Holywod. Bagi aku, ok lah cerita ni.. Boleh lah tengok. Yang bestnya kan dia punya solek tu cantik. Ada darah-darah. Macam scene dalam tandas yang mati tu, cantik latar tu. Darah darah memercik orang mati dalam tandas. Apa yang ok nya filem ni, waklaupun latar yang terhad (dalam sekolah) ceritanya tak meleret macam sesetengah filem lain. Nampaknya pengarah fokus kepada cerita dan watak. Walaupn ada elemen cinta tapi tak ketara.Hanya menyentuh sedikit bagi ‘mencantikkan resepi cerita’. Pengolahan skrip yang fokus kepada watak dan tidak lari genre seram. Bayangan open scene kepada ending. Unik teknik ni. Permulaan cerita dah ada bayangan yang budak ni yang baca mentera pelik tu rupa-rupanya hantu tu akan ikut dia. Pengakhiran cerita menjelaskan bahawa hantu dah dah ikut dia. Cuma lagi best kalau diterangkan dengan lebih terperinci watak tukang kebun (KAZA) macma mana dia bela hantu tu dengan macam mana dia bagi makan hantu tu. Tukang kebun tu ada keris. Keris tu kalau diterangkan dengan terperinci lagi best. Dengan satu lagi kenapa boleh ada watak perempuan lesbian dalam cerita hantu ni. Pada mulanya, aku nak andaikan ada kaitan dengan hantu ke. Tapi hanya sisipan cerita pasal lesbian tu. Mungkin ada sesuatu ‘subteks’ yang ingin ditonjolkan. Filem ni ok lah. Kalau nak bandingkan dengan Kuntilanak filem Indon tu, baik tengok filem ni. Tak rugilah duit kalau nak gi panggung tengok. Baik tengok cerita ni daripada cerita cinta yang tah apa tah yang ada kat panggung. Paper pun, pergi alh panggung try tengok cerita ni… 
Histeria – Versi Seram Hollywood’
Kuala Lumpur, 18 Nov. – ‘HISTERIA’, filem arus perdana pertama arahan James Lee terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB) adalah sebuah filem seram bersifat lebih universal. James Lee adalah pengarah ‘ indie’ terkenal dengan hasil sentuhan seperti “Beautiful Washing Machine” dan “Before We Fall In Love Again” yang telah memenangi anugerah Filem Cereka Terbaik Asean pada Festival Filem Antarabangsa Bangkok 2005. Pertemuan James Lee dan Gayatri Su-lin Pillai, Pengurus Besar TUSB lima (5) tahun lalu di Festival Pasaran Filem Hong Kong telah menghasilkan Histeria yang berkonsep rentas budaya. Setelah menjelajah ke Festival Filem Antarabangsa Singapura dan Festival Filem Antarabangsa Bangkok 2008, Histeria telah mendapat banyak kata pujian dari pengkritik pengkritik filem antarabangsa. Dengan kos pembikinan sebanyak RM 1.4 juta, Histeria boleh dikategorikan sebagai sebuah filem seram versi Hollywood yang amat popular di era 80-an seperti ‘Evil Dead’ dan ‘Friday 13th’. Filem bercorak sebegini mengandungi banyak elemen seram tetapi ringkas dan mudah difahami. Selain menerapkan “Asian twist” dengan acuan dan unsur mistik Melayu popular; “Hantu Raya”, James turut menggunakan pencahayaan yang kurang bagi memberangsangkan mood filem ini. Kemunculan Histeria sebagai sebuah filem seram yang diberi sentuhan berbeza dalam konteks lebih segar dengan nafas seram versi Hollywood akan menemui peminat layar perak di 47 buah pawagam seluruh Malaysia bermula 18 Disember 2008.
Selain itu, lagu tema filem Histeria nyanyian Nadia AF6 hasil gubahan Nur Zaidi Abd Rahman kini telah mula berkumandang di stesen stesen radio tempatan. Bagi menghangatkan aktiviti promosi filem Histeria, barisan pelakon seperti Liyana Jasmay, Scha, Ainul Aishah, Talya, Adiputra, Vanida Imran dan lain lain akan menemui peminat melalui beberapa siri jelajah di beberapa negeri terpilih Semenanjung Malaysia.
SINOPSIS
‘Histeria’ adalah sebuah kisah seram yang berlaku di salah sebuah sekolah terpencil. Enam orang pelajar nakal iaitu Alissa, Tini, Marina, Murni, Junita dan Kerek yang menamakan kumpulan mereka sebagai ‘The Pink Ladies’, berpura-pura terkena histeria hingga terpaksa dipanggil bomoh untuk memulihkan mereka. Namun tindakan mereka itu mengundang masalah lain, apabila mereka berenam dikenakan denda membersihkan kawasan sekolah selama seminggu ketika cuti semester. Kehadiran Zeta untuk memastikan mereka menyelesaikan denda secara tiba-tiba dalam kumpulan tersebut juga menjadi tandatanya. Kejadian demi kejadian yang misteri dan menakutkan dialami oleh mereka semua. Ianya bermula selepas Junita mengambil “sesuatu” yang bukan miliknya. Keadaan bertambah celaru dan mengerikan apabila seorang demi seorang dibunuh secara kejam.
Apakah yang sebenarnya berlaku? Apakah si tukang kebun juga terbabit? Jangan lupa temu janji anda dilayar perak filem ‘Histeria’ pada 18 Disember 2008 .….
PLOT
Naratif cerita ini yang ‘santai’ memudahkan penonton memahami jalan ceritanya menggunakan teknik flash back hampir 90 peratus keseluruhan cerita. Plot yang mudah, bermula apabila watak disoal siasat oleh dua orang (polis kot) dibantu seorang doctor. Lepas tu semuanya flash back cerita macam mana kawan-kawan budak tu mati kena bunuh dengan hantu tu. Pastu balik semula pada cerita, budak tu takut dan disoal siasat. Pengajaran dalam cerita ni mungkin melarang kita membaca atau mengamalkan mentera yang pelik-pelik. Dalam cerita ni, budak tu gi baca mentera pelik seru hantu. Tu yang hantu ikut dia tu…
HISTERIA DAN LESBIAN
Aku ‘terkejut’ bila ada watak lesbian dalam cerita ni. dan macam mana boleh lepas LPF? sedangkan bebudak ASWARA buat filem pendek ‘comolot’ pun teruk kena hentam sampai naik Parlimen. Padahal tak ade pun adegan cium-cium. Tak tau lah kenapa Pengarah Histeria nak buat adegan macam tu. Kalaulah Directornya perempuan, ada lah ‘alasan’ mungkin dia suka cerita lesbian. Tapi, ini mungikn ‘teknik’ dan ’strategi’ untuk menaikkan dan meletupkan filem tersebut? filem yang banyak kontrevesi sememangnya menjadi idaman. Mungkin dengan letak adegan cium-cium watak lesbian akan menjadi buah mulut seterusnya kecoh seluruh Malaysia. Bila dah kecoh, mesti semua orang nak datang panggung kan? Mungkin ini teknik nak cari kontrevesi kot?
 
 


M.F Kencana: Susahnya industri seni, asyik kena tipu je… Buat skrip kena tipu, berlakon pun kena tipu. Hmmm… 







