• Meta


  • GAMBAR DI LOKASI DRAMA RENJIS 2


    GAMBAR DI LOKASI PENGGAMBARAN DRAMA ‘RENJIS 2′

     M.F KENCANA & ELYANA

     
    Pertemuan antara penulis skrip dan pelakon utama. Bestnyer makan ais krim. Terima kasih kepada tuan director (Jamal Khan) yang sudi membelanja kami semua selepas kena ‘pau’
    Director Jamal Khan (baju putih) dengan serius sedan melihat monitor sementara saya di belakang (baju coklat gambar kucing comel) cuba belajar menjadi pengarah sepertinya

    RENJIS 2: Episod 5, Scene 15.. Action!!!

    KIRANA (Elyana) dan MILA (Shery) ketika shoting

    Amboi, mekap lah pulak yer…
     

    RENJIS (MUSIM 2) SALURAN 104: ASTRO RIA

    TARIKH/MASA : MULAI 22-OKTOBER 2008,

    SETIAP RABU, 9.05 MLM

    DRAMA BERSIRI : 13 EPISOD

    DURASI: 45 minit x 13 EPISOD

    PENERBIT : ASIA MEDIA CONTENT SDN BHD

    PENGARAH : JAMAL KHAN

    PENULIS SKRIP: MAIZURA IDERIS, M.F KENCANA, NUR ILHAN, M.FAIRUZ PADOLI

    PELAKON : ELYANA, SYED ALI, ASRAF MUSLIM, SHERRY IBRAHIM, LIZA ABDULLAH, KAMAL

    GENRE : KOMEDI

     

    OLEH: MAIZURA IDERIS www.drama-renjis-astro.blogspot.com

    RENJIS MUSIM KEDUA MULAI 22 OKTOBER 2008 Drama bersiri Renjis telah bersiaran di Astro Ria (104) mulai 21 Mei hingga 13 Ogos yang lalu. Sambutan penonton membawa siri ini ke musim kedua mulai 22 Oktober (Rabu depan) jam 6 petang dan 9 malam. Renjis 2 menyambung semula kisah percintaan Kirana yang ‘terbengkalai’ dalam musim lalu. Bagaimanapun, kerjaya Kirana sebagai perancang perkahwinan tetap berjalan seperti biasa. Begitu juga dengan tanggungjawabnya sebagai anak sulung dalam sebuah keluarga kecil yang ‘kehilangan’ ketua keluarga bergelar ‘lelaki’ sejak 10 tahun lalu. Musim kedua mengekalkan lima pelakon asal iaitu Elyana sebagai Kirana, Liza Abdullah (Seri), Asraf Muslim (Kelana), Sherry Ibrahim (Karmila) dan Syed Ali (Rafiq). Muka baru untuk musim ini ialah Ahmad Kamal Ahmad Adli sebagai Budi dan Samsol Ezany sebagai Ari. Asraf Sinclair yang membawakan watak utama iaitu Dean/Alauddin dalam musim lepas, kini akan muncul sebagai watak undangan. Jangan lupa temu janji anda di Astro Ria Rabu ini. ELYANA (KIRANA) ASHRAF SINCLAIR (DEAN/ALAUDDIN) SYED ALI (RAFIQ) SHERRY IBRAHIM (MILA) ASHRAF MUSLIM (KELANA) LIZA ABDULLAH (SERI)

    RENJIS: "… drama 13 episod yang bersiaran di Astro Ria, setiap Rabu jam 9.30 malam itu berjaya mencipta rekod membanggakan dan menjadi antara drama siri tempatan paling popular di Astro"- Harian Metro.


     
     

    PLAGIAT OH PLAGIAT! ASWARA OH ASWARA!


    GOSIP STUDENT ASWARA!!!

    Kali ni bukan aku nak paparkan orang-orang industri yang kat luar yang menciplak atau plagiat karya orang lain, tapi kali ni aku nak paparkan student student ASWARA yang plagiat dan ciplak karya orang untuk asgment kelas diorang…

    Baru-baru ni, aku lepaklah dengan sorang pompuan ni (student penulisan) kat tepi pintu… Dia cerita ketidakpuashatinya sebab ada pelajar-pelajar lain daripada fakulti lain yang ambik wajib elektif daripada fakulti penulisan yang malas buat skrip lepastu ciplak orang punya… Diorang tak minat menulis.

    "Diorang tak minat buat skrip… Tapi terpaksa ambik subjek wajib daripada fakulti Penulisan.  Lepas tu, nak senang, diorang copy mana-mana skrip dalam internet. Diorang ubah latar dan tempat je… Ada tu, copy skrip bahasa Inggeris dan terjemah ke dalam bahasa melayu.. Tak adil lah macam tu.. kitorang ni budak Penulisan pecah kepala fikir nak siapkan satu skrip.. diorang senang je ciplak copy paste…  Diorang berani buat sebab skrip tu untuk hantar asgment je.. jadi tak takut kena saman…" Kata student tu…

    Komen M.F KENCANA: apa lah korang ni, buatlah skrip sendiri…


     
     

    PUISI BULAN DISEMBER


    Lama dah tak tulis puisi… sibuk dgn exam, lepastu buat asgment banyak.. hmm terdetik hati kembali mencoret bait puisi

    DALAM DIRI  22

    (terimakasih kekasih)

     

    Sayangnya, suatu mahligai umur dinanti

    Entah ke mana

     

    Dalam penantian,

    Penuh kesabaran

     

    Mungkin ia riang bergurau senda

    dalam pertemuaan

     

    Berbungkam kelam

    Penuh kesadisan

     

    Mungkin ia lena

    Dalam pertemuan

     

    Dan ku pejamkan mata

    dalam senyuman hujan petang

    seakan memahami isi diri

     

    Bersama usia 22

    mengatur gerak perjalanan

    bersama longlai kaki kaku

    debaran darah pilu

     

    M.F KENCANA

    5.23pm  6/12/08

     (SOGO KL)

     

    SETELAH AZAN SUBUH

    Laungan azan menyedarkanku dari lena

    Sekian lama alpa kepada Nya

    Sekian lama terasa asing

     

    Kepada Nya aku kembali seketika…

    Jika ditakdirkan kembali selama-lamanya,

    Biarlah dengan tenang tanpa ada sengketa…

      

    5:50am  7/12/08 (Lokasi: Tepi Pokok)

     

    KESEDIHAN KEGEMBIRAAN

     

    Kesedihan adalah kegembiraan

    Kesedihan adalah keindahan tersirat

    Kesedigan adalah zarah unik titian kehidupan

     

    Kerana dengan kesedihan itu

    Mengajar erti kesabaran

    Dalam perjalanan hari demi hari

     

    Kesedihan

    adalah

    ke

         hi

                 du

                             pan

     

    M.F KENCANA

    3:55 am   7/12/08

    (Tepi jalan, Central Market KL)

     

     


     
     

    2 hb 12 2008= umur aku 22


    2 hb 12 2008. hu hu hu genap umur aku 22 tahun. Tua dah aku rupanya.. Tapi rasa macam 18 lgi la.. macam baru habis SPM… Minggu ni aku exam… hu hu hu.. Semester dua ni tah lah. Harap-harap ok lerrr.. siang tadi, aku gi bilik lecture (ANUAR NOR ARAI) hantar skrip filem untuk kerja semester ni untuk subjek Teori Penulisan Lakon Layar 1….  3 kali draft dah.. fuhh…Tajuk filem aku tu ‘Anulus’. Genre fiksyen sains setebal 87 muka surat ada 68 scene…  Yang bestnye, tak de exam. Jadi 100% markah diambik daripada situ… Harap-harap ok le…... Kan best kalau semua kelas tak de exam.. he he he… (aku ni tak reti menghafal-hafal ni.)

    2009 nanti, aku dah masuk tahun dua. Tahun dua kena pilih major sama ada nak Skrip atau Cereka. Kami fakulti Penulisan, first dgree ni dalam Sejarah ASWARA ada 8 orang je. Laki hanya dua orang iaitu aku dengan sorang lagi geng aku ni. Nampaknya, semua macam tak nak ambik major skrip. silap-silap tahun depan, aku sorang je yang ambik major skrip…  Kuliah berdua je ke dgn lecture? hmmm…. Tapi ok jugak… Yelah IPTA lain setiap tahun yang konvo satu fakulti tu dekat 500 orang. Tapi ASWARA satu fakulti yang konvo tu tak sampai 10 orang…. Nampaknya Insy peluang harap-harap mudah sebab kurang pesaingan.. Kalau 2010, (doakan aku lepas setiap semester) aku habis, kalau aku sorang je yang amik major Skrip, nampaknya aku sorang-sorang je lah.. Yang lain (7 orang kawan aku) ambik Cereka (novel drama, pentas) diorang major Cereka…..   Paper pun, bersedia hadapi tahun dua. Kena pilih nak major skrip ke cereka… Adui pening…