• Meta


  • KEPADA DIRECTOR POYO, ASWARA BUKAN PADANG KAWAD


     

    Mungkin apa yang aku tulis ni macam jahat ke bunyinya… hu hu hu..

    CAmni ceritanya, Aku ni baru je habis kelas Penulisan Drama TV dengan pensyarah En Zack.. Tapi ada lah satu production ni memekak tengah shooting. Paling kelakar, director tu dah macam nak mengajar krew-krew berkawad. Apa taknya jerit melalak cakap ‘CUT.. CUT .. CUT’ kuat-kuat. Yang aku ni tengah stdy dgn En Zack dah macam bingung. Aku pun tanya kat En Zack..

    "Apasal director tu jerit kuat-kuat?"

    En Zack jawab, "Biasanya tu director baru tu. Saje nak tunjukkan kat orang ramai yang dia tu director".. Kah kah kahka. Aku berguling ketawa dgn En Zack.

    Apa taknya, Aku dah banyak kali ke lokasi shoting.. Tak ade pun director jerit kuat-kuat. Tapi apa ke halnya director tu buat macam tu. Dalam ASWARA pulak tu. Diorang tak tahu ke ramai Sifu-sifu pakar-pakar filem kat sini?

    Diorang lupa kot ASWARA ni insitusi perkembangan filem. Jadi warga ASWARA hanya etrsenyum melihat kepoyoaan director tersebut. Kalau nak poyo pun, gi la masuk kampung shoting… jerit lah kuat-kuat biar satu kampung dengar, gerenti popular…

    Kalau aku jadi director nanti mungkin 10 tahun lagi ke, tak nak ar jadik gitu. Segan lah nak jerit ‘CUT’ kuat-kuat… Kalau boleh nak bisik je kat krew he he he


     
     

    TEKNIK BUNTU IDEA KETIKA MENULIS


    Ari tu, aku bukak email. Adalah sorang awek ni umur dah tua jugak lah dlm 30 kot. Dia minat buat skrip. Dia ada tanya aku macam mana nak kembangkan idea aripada sinopsis kepada skrip. Sebabnya, dia ‘mati’ dan buntu idea ketika menulis. susah jugak nak jawab. Aku bukannya tau sgt nak bercerita ni. Aku pun  bukannya lecture yg mengajar orang. Aku hanya student yg baru belajar. Jadi, aku hanya boleh kongsi pengalaman.

    Pertamanya dlm menulis skrip, anggaplah kita ni seorang pengembara yang membawa parang nak masuk dalam hutan. PArang tu digunakan untuk menebas jalan membina laluan. Paham tak? He he he. AKu pun tak paham. Tapi maksudnya lebih kurang macam ni lah, PArang tu kita punya kreatif dan pemikiran. JAlan hutan tu adalah plot. Ya, PLOT. Kena bina plot susunan scene. Tujuaannya biar idea tak mati sebab kita dah ada laluan. Paling penting dalam pembinaan skrip, kena bina laluaan. Bila dah ada laluan, senang nak jalan.

    Proses seterusnya, pemecahan dan pembahagiaan serta penyusunan scene. Kena fikirkan ending. Bila dah tau ending. Susuna setiap scene macam gelombang. Contohnya dalam telemovie, katakanlah ada 60 scene. MAksudnya, scipwriter kena timbulkan sesuatu yang menarik untuk setiap 8 minit tayangan agar terbentuknya gelombang demi gemlombang kecil yang mampu membuat penontin terus ON tv…

    BAlik semula kat bab tadi, Proses pemecahan dan penyusunan scene. Ar, ilmu ni aku dapat daripada Martias Ali. Dia ajar kat tepiu kedai mamak. Macam gini, KAtakanlah sekarang ni aku tengah buat drama bersiri CUCI untuk tayanga 30 minit satu episod. 30 minit tu lebih kurang 15 scene jeww dalam 20 page lah lebih kurang. JAdi, Kita dah nampak gambaran. Seterusnya pecahkan scene-scene itu . Apa yg berlaku terjadi setiap scene. Wat garis sinopsis ringklas je. Tujuanya, buila dah ada tretment ringkas setiap scene, nanti bila menulis idea tak mati. Sebabnya, dah ada jalan dah,. Plot dah ada, Dah ditebas dgn parang… Kalau mati idea pun, boleh lompat ke scene lain. Memang betul, akan mati idea dan buntu. JAdi jangan gusar. Bila mati idea kat scene 1 atau dua, terus lompaty ke scene lain. KAlau saya, saya terus buat ending je.. sebabnya nak timbulkan semangat dan mood. Bila kita dah buat ending walaupun starting tak ada lagi, seolah-olah macam skrip tu dah siap walaupn tak siap. Jadi, mod tu akan membara berkobar kobart utk menyiapkan satu skrip…

    Ok lah, tu je yg dapat aku kongsi. Kalau salah mintak maaf. Aku pun baru belajar, Tak tau apa pun.. just kongsi pengalaman.

      Tapikan bagi aku lah, paling penting nak menulis atau sebelum menulis, kena timbulkan MOD atau minat terhadap cerita tu. Kalau mod dah ada, duduk kat komputer sampai pagi pun tak penat. TApi kalu mod tak ada jiwa kacau, duduk dua tiga jam kat komputer pun, sebaris pun tak siap… hu hu hu…   


     
     

    TELEMOVIE TV 3, nantikan 24 Januari slot Cerekarama


     

    NANTIKAN KEMUNCULANNYA, TELEMOVIE TV3 BERTAJUK ‘BISIKAN SUBUH’ PERTENGAHAN JANUARI 2009 NANTI.
    TAJUK: BISIKAN SUBUH
    SLOT: TELEMOVIE TV3
    TARIKH: 24 Januari 2009 , 9 malam
    PENERBIT: ZEEL PRODUCTION SDN BHD
    PENULIS SKRIP: K A RAZIAH
    PENGOLAH SKRIP/PANEL SKRIP: M.F KENCANA & ZAINI KOSNIN
    PELAKON: DATO JALALUDIN HASAN, SHARUDIN THAMBY, BALQIS, REMY ISHAK, WAN MAIMUNAH


     

     

     Sebenarnya secara jujurnya, aku tak berapa minat cerita ni. Sebabnya aku memang kurang berkenan kat drama drama melayu kat tv yg cerita pasal rahsia-rahsiakan penyakit kanser ni. PAstu tetiba mati. Adoi… Tapi lantaklah, skrip ni bukan skrip aku. Aku cuma olah je untuk padatkan scene, dialog , susunan aksi plot. Kesimpulannya, aku cuma olah sahaja… JAlan cerita atau story line aku tak ubah. Pasalnya, ni skrip orang. Kalau dapat ‘lesen ubah’, aku buang bab rahsiakan penyakit ni, bab orang miskin.. Sebabnya pusing-pusing kat TV cerita sama.  Hmmm….
     


     
     

    Tarian Cinta Di Gerhana Anulus


    TARIAN CINTA DI GERHANA ANULUS

    Adanya,

    langit bercerita di sempadan dada jiwa

    menyeloroti titian zarah

    di lilitan cinta Anulus…


     
     

    DRAMA ‘CUCI’, nantikan kemunculannya tahun ini


    2009 melangkah baru. Nampaknya tahun 2 semester 1 di ASWARA ini, saya perlu membahagikan masa untuk study dan kerja. Saya kini bersama Martias Ali sedang menulis skrip drama bersiri (26 siri) untuk RTM bertajuk ‘CUCI’. Ni syarikat Hans Isaac punya. Hanya perlu sambung cerita filem tu kepada drama.. …