• Meta


  • SELAMAT PENGANTIN BARU


    ari ni, aku bangun je tido. Ada banyak SMS kat HP. Yg tak penting aku abaikan. Tapi, 1  SMS ni membuat aku tersentak dan tersenyum daripada kawan aku kat johor. Katanya, "Ahad ni jemput datang si ‘A’ kahwin. Kad jemputan ada kat umah aku."

    Aku diam sekejap dan lama fikiran aku melayang. Sambil bangun mengantuk capai tuala masuk bilik air. Aku berangan dan flash back zaman sekolah. Kira-kira 8 tahun dulu. Masa tu aku fm3. Teringat zaman-zaman kenal dia. kelakar pulak bila ingat balik. Teringat satu hari lepas maghrib jumpa kat luar umah sebab masa tu je free sebab bapak dia tak de ke masjid.  Imam lah katakan. tp family lain semua ade lah. ha ha lawaknya… Terkenang lak zaman fm5. Terkenang zaman-zaman bergayut kat telefon. Aku pernah berangan, aku kata aku nak buat lirik lagu. Dan dia pun kata nak bantu. Dan aku berangan lagu tu akan meletup dinyayikan artis terkenal. Pastu dia pun kata nanti royaliti bahagi dua. Ha ha ha zaman berangan jew tu. Tapi lain jadinya. Sekarang, Aku bkan jadi penulis lirik tapi penulis skrip. Terkenang  zaman sekolah Agama Rakyat sampai darjah Khas. Sama-sama repeat dan dapat gred 1. ha ha walaupun kau tak jadi ustazah dan aku tak jadi Ustaz, tapi berjaya dapat 1.Adalah jugak kenangan siil tinggi agama.Sekurangnya walaupun aku di KL sekarang, tak lah jahil agama. Tau lah sesikit walaupun sesekali leka terlena. Hmmm teringat jugak zaman fm 6 zaman-zaman STPM. Aku tersentak daripada berangan. Masa ni aku dalam bilik air tengah pegang berus gigi. Aku berangan khayal sampai tak sedar aku letak pencuci muka kat berus gigi.Hampir-hampir nak gosok gigi.  Aku ingatkan ubat gigi. YA Allah, jauh aku berkhayal. Ishhh… ni aku baru sampai rumah habis kuliah. Masih berangan lagi. Membuat aku terlajak tren dua stesen masa balik umah tadi. Adoi hai… 

    Tahniah, selamat pengantin baru aku ucapkan agar kalian terus lestari di mahligai seri.Maaf, aku tak dapat menghadirkan diri kerana sibuk di KL dengan pelbagai urusan dan kerjaya. Mungkin andai aku ada pun di Johor, aku hanya senyum memandang kau dari jauh di atas pelamin. Kenangan persahabatan lalu, 2001 hingga 2005. SELAMAT PENGANTIN BARU.  
     


     
     

    JOM CUCI


    PERNAH TENGOK FILEM ‘CUCI’? NANTIKAN SAMBUNGANNYA DALAM DRAMA ‘CUCI THE SERIES’ 26 EPISOD DI RTM 2 (COMING SOON)

                                                   PRODUSER : HANS ISAAC

    DIRECTOR: HARUN SALIM BACHIK

    SCRIPT WRITER:
    MARTIAS ALI, FAIRUZ PADOLI,ADZA, M.F KENCANA
     
     
     
     
    ACTOR:
     

    FASHA SANDHA                              ZEK ZAIDI                          JULIA ZIEGLER
                                

    JOEY (EXIT)                     BEEGO

          

     


     
     

    JOM TEGUR?


    SEBUAH KARYA ADLIN AMAN RAMLI… NANTIKAN KEMUNCULANNYA DI ‘ASTRO WARNA’… BAKAL TERLAKAR SEBUAH SEJARAH, DRAMA KOMEDI POLITIK 2009 
     

    PRODUSER: ADLIN AMAN RAMLI

    DIRECTOR/LEAD SCRIPT WRITER: SOFFI JIKAN

    SCRIPT WRITER: MOHD FAIRUZ PADOLI

    CO WRITER: AFIQ ZULHELMY

    ACTOR:
    Zaibo,Kuman, Amir Raja Lawak, Sepah Raja Lawak, Bell, Mak Mah, S.Azli

    DI SEBALIK TABIR:

    "Tulis skrip betul-betul bro, kalau meletup, Adlin kata boleh sambung sampai 100 episod"-Sofi Jikan

    Ni Amir Raja Lawak apa ke halnya ni sangkut selipar Jepun kat badan?

    Posing dgn S. Azli ke Fiq?

     

    Diretor tak de. So, aku ganti ler boleh? hu hu hu

    Bersama pelakon


     
     

    BINGUNGKAH AKU?


    Bingungkah aku? Rasa macm separuh gila. KAdang-kadang tak makan. KAdang-kadang terlebih makan sampai muntah. TAh lah. tah lah aku pun tak tahu apa tajuk nak letak. Sejew boring tak tahu nak buat apa. Hmmm tgh tunggu job 26 ep.. Harap-harap dpt lah. Aku tgh boring tak tahu nak buat apa. Walhal, asgment berlambak tak buat. Rasa malas sepanjang masa. Malam berangan, siang aku tidur. Hmm pagi ni aku tak ke kuliah. Terponteng pulak ha ha ha.Lantaklah…Petang ni ada kuliah lagi. Tah lah mcm malas nk pgi… Tak de mod. Aku rasa nak menulis ya menulis.

    AKU BINGUNG?

    Aku ada masalah. MAsalah aku tak boleh membaca menghabiskan sesuatu benda. Kadang-kadang, orang-orrang tanya aku, pernah tak baca novel sekian-sekian?PErnah tak tgk filem sekian-sekian.Aku tersengih dan geleng kepala. He he.. aku tak tahu. Masalhanya, bila aku start jew nak baca ssuatu benda tu, nanti dapat idea nak menulis. Jadi, aku tak habis lah baca. MAcam baca novel, baru baca sikit jew, aku campak novel tu dan aku akan menulis. Sebab secara semulajadi ada idea datang. Samalah macam tgk Tv, aku akan tutup tv dan menulis. Sebab ada ida lain. JAdi, memang aku kurang membaca. Bila nak baca jew, terdetik idea menulis. Adohai.. Tu yg malas membaca tu. Bila baca jew, dtang idea menulis. hmmm.. aku perlu berubah.. Kana membaca pulak.


     
     

    PEREMPUAN ITU…


    FADE IN:

    1. INT.  TEPI POKOK - SIANG

    Establish kawasan jalan raya. Kenderaan sesak. Terdapat sebatang pokok besar. Daun kering bertaburan. Lecak lumpur masih basah di rumput. Seorang lelaki duduk. Tidak jauh daripadanya, seorang wanita juga duduk.

                                           WANITA:                                                                                                  F*%k You!

    Perempuan itu kemudiaan berlalu pergi. Lelaki itu hanya memerhati tersenyum. Dia memandang langit.

    CUT TO:

     Satu scene yg ringkas tetapi penuh makna. Seorang lelaki yang selama ini menyayangi seorang wanita dan akhirnya dipinggirkan.Kalau dulu ungkapan ’syg’ diungkap kini ‘F*#K’ dilempar. Rupa-rupanya selama ini khayalan cinta. Wanita itu pergi kerana ada insan lain bertahta di hatinya. Malangnya nasib si lelaki itu dijadikan pelepas sepi,pelepas nafsu hanya sementara. Nantikan sebuah telemovie bertajuk ‘Karma’. TAG LINE: "Tuhan bersama insan teraniaya"  Sebuah kisah sadis dari jiwa seorang lelaki.