• Meta


  • PRODUSER JERUNG…


     

    http://www.biblehelp.org/images/shark%20attack.jpg

    Ari tu aku borak dgn member aku pasal Produser Jerung. "Umur kau 23, umur aku 22. 20 tahun akan datang umur kita 40. Target kita pegang industri ni. Sekarang kita masih muda, kita follow je. Kat luar tu banyak Jerung yg makan kiter. Tak pe sabar. Jerung-jerung tu umur diorang sekarang 40 hingga 50 tahun je. 20 tahun lagi diorang dah tua. PAstu diorang mati lah mungkin dah masuk kubur. Lantak pg lah. Pastu kita pulak pijak diorang la… he he. Pasal kita muda.Kita bawa idea baru bawa konsep zaman kita. Tunggu mati je ha ha"

    Produser Jerung semakin menajamkan taringnya. Siapa jadi mangsa? Student lah jugak. Student mana lagi? Aku tahu student U lain (selain) ASWARA banyak jadi mangsa. Tapi diorang diam.  Apa taknya, satu-satu idea diorang kena ciplak. PAstu kuar filem satu-satu. Alasan diberikan, skrip tak bagus tapi idea amik. Tutup mulut, diorang ni dapat lah markah cemerlang. Lulus… Lepas tu dpaat berlakon extra dlm filem… 

    KES 1 (melibatkan STUDENT)

    Si tenaga pengajar ni mintak skrip kat student kononnya nak hantar gi publish kat stesen TV memalui satu compny. JANGAN NAK TIPU LA… Mana ada hantar skrip kat stesen TV? Lecture ni nak tipu student ke? Kalau dulu ada lah zaman tender RTM. MEmang produser akan hantar skrip ke RTM. TApi sekarang tak. HAnya nak proposal je. So apa kejadahnya mintak skrip kat sudent???    Patutnya, sebagai tenaga pengajar kena bantu pelajar bukan aniaya pelajar. Ok lah, skrip pun smpai kat tgn produser. Produser dgn bangganya mencincang skrip itu bersama panel-panelnya. Dan bagi tau kat student tu, skrip anda TERUK! HANCUR! TApi mereka kata idea bagus. Dan mereka ambik idea tu.. wat proposal dan publis. Tup tap lulus je, haram tak de credit title kat student tu. Alahai… 

    KES 2 (Melibatkan student lagi)

    Produser ni mulut manis. Lemah lembut mintak proposal. Har ni bagus, mintak proposal je. TAPIIII.. ada tapi yg tak best ni… Sebabnya. Produser tu kata, bila proposla ni lulus je, csript writer tak akan dapat duit. Sebabnya ni first skrip. Awak student. OIT, apa ke halnya macam ni. Pastu bagi alasan next projek baru akan di bayar. Fisrt projek kena free dgn iklas.. Ada pulak undang-undang macam ni?

    KESIMPULAN:

    Aku sendiri pilih kasih dalam menghantar proposal. Tgk compny jugak. Contoh semalam member aku Zaini call mintak proposal komedi. Tolong sesangat katanya. Ok, aku hantar. Sebab aku percaya dia, dan kenal dia. Dan dia jugak tolong aku bawak aku masuk kerja n. Contoh tadi aku baca cerita rakyat. Aku dapat idea. So dlm kepala ni dah ada 7 produser. Mana aku nak hantar? Jadi aku pilih Zeel Production sebabnya jasa mereka lebih tinggi kat aku. Yg bestnya tak kerja lagi duit dah dapat. hu hu… Contoh jugak

    Contoh dalam minggu ni aku dapat 2 call dpd member atas member mintak proposla lagi. Adoi. AKu tanya produser mana? siap nama org tu. AKu kena siasat cmpny dulu. Tpi tah apa-apa cmpny aku tak kenal. So aku tak buat. AKu kata nanti.. he he he. Aku akan hantar kepada cmpny yg aku kenal je… atau yg member2 cadangkan…. Dan aku dah BREAK LIST beberapa compny prodiser JErung ni. Yg tak Jerung pun aku Band sebab tak de budi bahasa.  Si bini mencarut (artis). Cmpny satu lagi pulak ni produser gatal dgn betina. Bila call aku maki-maki. Tak de budi bahasa.  Tapi dgn perempuan baik gilerrr. Produser mcm ni tak patut ada dlm industri….

    KEPADA RAKAN-RAKAN DI LUAR (terutamanya geng ASWARA), BERHATI-HATI DI JALAN RAYA KETIKA MENGHANTAR IDEA DAN CERITA. PASTIKAN:

    1. HAntar idea sahaja (sinopsis dlm 2 page).

    2. KAlau mintak tretment, jangan kasi kecuali dapat advance 25/30 persen.

    3. Jangan sesekali hantar skrip… (hantar untuk asgment kuliah tak pe…)


     
     

    ISU PANAS! CIPLAK TEATER ‘GAMAT’???


    Ari ni aku masuk  opis tgh hari. Aku duduk rileks sambil baca akhbar Berita Harian. tup tap tup, ada story pasal Gamat. Eh ni Gamat member aku punya ni Roy. Dia yang mengadu kata kena ciplak. Apa cerita ni? Yg dia cerita kat aku. Dia buat skrip tu untuk asgment. Lepas tu budak budak tahun 2 Diploma Teater mintak skrip dia. Ambik sebijik-sebijik tukar tajuk jadi GAMAT. lepas tu kredit title tulis ‘Hasil kolobrasi pelajar tahun 2 Diploma Teater’. Apa kejadahnya  ikut kepala paip kepala Bush dia je suka-suka tukar nama? Roy pun dah jumpa EN Zakaria Arifin (Ketua Jabatan Penulisan). En Zakaria Arifin pun terkejut!!! ni dah melampau beb. Student ciplak karya student! Roy berani kata 90% sama. Just ada penambahan watak lain. tu je. Gamat asalnya telah dipentaskan pada tahun 2008 di ASWARA oleh pelajar tahun 2 Diploma Teater. Sekarang diorang dah tahun 3 lah. Dah Tamat Peta dah pun… Aku yang berang ni pun geram dan hantar SMS temu bual. Aku ni pantang dengar ciplak ciplak ni. Aku NGERI. Sebannya, aku ada 8 skrip drama TV/filem yang sampai sekarang sesen haram pun tak dapat lagi..

    TEMUBUAL M.F KENCANA BERSAMA ROY

    M.F KENCANA: ROY, GAMAT NAK NAIK KE ISTANA BUDAYA. APA CERITA BEB? KARYA KAU KAN?

    ROY: AKU MEMANG TAK BOLEH NAK BUAT APA LA BEB. SEBAB TAK DE COPY RIGHT ATAS KARYA ASAL NAMA AKU.. LAGIPUN GAMAT TU DIORANGH DAH BANYAK UBAH PLOT. SO MEMANG AKU TAK BOLEH NAK BUAT APA. SO AFTER THIS AKU KENA LEBIH BERHATI-HATI BAGI SKRIP KAT ORANG

    M.F KENCANA: ABIH TU MACAM MANA? KES CIPLAK NI…

    ROY: AKU KALAU IKUT HATI MMG NAK TUNTUT HAK SEBAGAI PENULIS SKRIP ASAL COZ DIORANG OLAH BERSANDARKAN SKRIP AKU. TAPI BILA KU PIKIR BALIK, MACAM ANJING MENYALAK BUKIT. AKU MEMANG TAK BOLEH NAK BUAT APA. SEKURANG-KURANGNYA KALAU DIORANG KREDIT NAMA  AKU ATAU BAGI SIKIT IMBUHAN PUN DAH MEMADAI BAGI AKU

    M.F KENCANA: DALAM BERITA HARIAN, PENULIS SKRIP IALAH ZAIFRI HUSIN YANG JUGA LECTURE TEATER ASWARA. DAN GAMAT MEMANG PERNAH DIPENTASKAN KAT ASWARA?

    ROY: GAMAT MEMANG PERNAH DIPENTASKAN KAT ASWARA UNTUK PRODUCTION TEATER KANAK-KANAK TAHUN 2. AKU DAH TANYA EN ZACK (zakaria arifin, ketua jabatan penulisan ASWARA), TAPI EN ZACK CAKAP MEMANG SUSAH KALAU NAK FIGHT SEBAB AKU TAK DE COPY RIGHT. SENANG CERITA, GAMAT MEMANG SKRIP DIA, TAPI PADA AWALNYA IDEA ASAL AKU DAN BERSANDARKAN PADA SKRIP ASAL AKU ‘SI KETAM CILIK’. THEN DIOLAH MENJADI GAMAT.

    KORANG BOLEH JENGUK ROY KAT BLOG DIA: www.roydyanuar.blogspot.com

    aku kenal Roy tahun lepas. Masa tu dia tegur aku sebab dia tgk aku tgh kelam kabut tak terurus. Masa tu aku tgh tunggu reporter daraipada stesen TV X…. nak interview aku pasal kes ciplak filem. Roy tegur tanya. dan dia pun cerita lah pasal Gamat dia pun kena ciplak. Tapi pentas je. Dan dia terkejut bila tahu yang aku pun kena ciplak juga. Tapi aku filem! ha ha.. sama nasib kita. Apa lah malang nasib student ASWARA… masa aku jadi wartawan, aku ada peluang jumpa Rais Yatim. Tapi dah jadi Student ni tak sempat. kalai tak, boleh report!


     
     

    JOM MENULIS


    Semalam, aku mendapat call dpd beberapa org rakan ku. Antaranya tanya ada kerja paper tak? Antaranya yg berminat nak join aku menulis   Jadi aku mencadangkan korang menulis proposal kerana Jumaat depan aku dan akan hantar ke stesen tv. Kalau lulus, leyh ON skrip. Aku akan follow:

    TEMA: ‘ONE MALAYSIA’ (maksudnya cerita korang merangkumi watak pelbagai kaum)

    CARANYA: senang je. 2 page sinopsis, 1 page watak & perwatakan.

    APA ITU SINOPSIS???
    -mengikut teori aku. Sinopsis adalah perkembangan idea melalui story line atau premis. Apa yg perlu ada dlm sinopsis ialah ‘cerita’. Bila timbul cerita, timbul tanda tanya ‘apa yg berlaku?pastu apa jadi?Endingnay macam mana’. Ya, atau dikenali sebagai ’sebab akibat’.Angaran 2 page ok la. Paling-paling  pun 3. Kalau dah sampai 5 tu dah jadi tretment. Aku bagi TIPS senang je, pakai 3 ACT. ACT 1, start kenalkan watak,ceirta,konflik. ACT 2 perkembangan konflik. ACT 3 peleraian… CONTOH: KLCC runtuh, lepas tu konflik macam mana polis nak siasat. Ending macam mana plois tangkap penjenayah. contoh premis. RTApi kembangkan jadi sinopsis.

    SINOPSIS YG KORAN JANGAN BUAT!!!
    (untuk dijadikan iktibar. Pengalaman aku mengedit sinopsis)

    1. AKU PENING: Nak edit sinopsis cerita. Watak diletak tanpa umur. Macam mana nak tau dia ni sape? nenek ke adik ke… Adoi…
    2. AKU PENING: sinopsis bersiri sepanjang 20 page. Satu kerja lah pulak nak pecahkan kepada episod. NAk cari sub plot dan main plot lagi.
    3. AKU PENING: pening cari ‘point’ cerita. Sinopsis macam cerpen. Meleret. Tak terus kepada point. Contoh, nak cerita pasal kes ‘PUTUS CINTA’. Tak perlu buat dalam sinopsis watak tu termenung memandang bulan merenung matahari dan meleret. Terus kepada isi. Kenapa putus cinta?salah siapa? siapa curang? Apa konflik. Ending macma mana. Cukup..
    4.AKU PENING: Ada dialog? Erkk ah sudah. Fist time dalam sinopsis ada dialog. Hisyamudin Rais berkali-kali melarang letak dialog dalam Tretment. Ini kan sinopsis?
    5.Aku PENING:Letak back ground watak?Ni kes pulak, dlm sinopsis penuh cerita watak.Watak tu tingi,berat,suka maakn tu suka shoping. Adoii…Sinopsis adalah cerita apa yg berlaku.  Back ground wata diletak dalam ‘Watak & perwatakan’
    6.AKU PENING: karangan? Ini sinopsis bukan karangan atau cerpen. Intro dekat setengah page. Tapi cerita tak ada. Watak pun tak ada.
    7. AKU PENING: Bahasa pasar. Ni sinopsis, nak hantar ke stesen TV bukannya nak hantar SMS kat awek. Sinopsis dah macam SMS. Ayoo yoo. Kenalah bahasa formal.

    Fuh… Ni kalau Anwar Nor Arai atau Hishamudin Rais yg edit sinopsis mcm tu, alamatnya kena campak dalam tong sampah. hu hu.. Sepekara lagi, cerita klise sgt sgt lah. Boring membaca. Macam Hisyamudin Rais selalu kata dalam kuliah. Balik-balik cerita sama. Bila sinopsis tu , cerita nya semua macam ni. Kisah orang kaya rebut harta. Kisah orang miskin. Kisah cinta 3 segi.Kisah rahsiakan penyakit kanser.  75% Ending cerita aku baca ni, semuanya MATI. mati kena lenyek lori la,sakit kanser la,sakit leukimia la,..Ataupun nak senang, hantar luar negara. KAlau org kaya pulak, anak dia balik luar negara. Ingt semua org kaya anak dia pandai ke belajar luar negara? Banyak yg menganggur menghabiskan harta family. Cadangan aku, buat cerita lain dari yg lain. Bila lain dar yg lain, panel yg baca pun tertarik.

    EMAIL KE: jangantegur@gmail.com  &  jangantegur@yahoo.com

    -DEAD LINE 24 JUN 2009-

     


     
     

    TEATER MUZIKAL AKU YG MENGARUT


     

     

    "Sebelum kau mampos, apa hajat kau setan?", kata Tuan Hakim kepada Tan Sri Prof Dato Dr Mahaguru Dora
    "Hajat aku, kafankan aku dengan kain emas,letak air cond dalam kubur. Dan, Mecdez aku pun bawak sekali masuk lubang kubur," balas Tan Sri Prof Dato Dr Mahaguru Dora

    Itu antara babak dlm drama pentas muzikal yg aku akan tulis untuk semester depan. Akua akan bincang dgn Dato Dr Anwar Rithwan, aku punay dekan yg best.  Simple story. Nampak bangang, tapi ada sesutu yg aku sampaikan. Mengisahkan kisah politik. Seorang President telah dijatuhkan hukuman mati sebab menjahanamkan negara dan rakyat. Sebelum mati, dia mintak hajat tu lah. Watak Doremon akan muncul. Sebabnya, negara tak mampu nak bawak masuk kereta Mecdez dlm lubang kubur. Terpaksa panggil Doremon dpd Jepun. Doremon pun akan keluarkan alat-alat ajaib untuk mengecikkan kereta mecdez tu supaya boleh bawak ke lubang kubur.


     
     

    LAYAKKAH AKU MENJADI NOVELIS?


    Ari ni aku kat Opis Zeel Production. Dapat tanggungjawab meng ‘edit’ proposal untuk TV3 slot samarinda 26 episod. Yg bestnya, stesen TV dah lulus. Tapi, mereka minta tambahkan sub plot dlm struktur. Ceritanya ok jugak best. Cinta melibatkan Msia & Australia. Kalau jadik ni, aku nak tulis skrip ni.Tak kira nk jugak. Leyh melancong hu hu.  Aku pun call kak Maizura bagi tahu, kalau jadi leyh kita buat sama. Tunggu next meeting lepas aku siap edit plot ni. Susah tu 26 episod nak susuk struktur sub plot mengukuhkan main plot. Dan tunggu jugak kak Maizura puny job ‘Datin Wan B’ untuk raya tv3 dan ‘Jalan-Jalan Merdeka’ 13 ep astro. tukar2 job erk? hu hu

    Tiba-tiba, dapat call dp hero sains fiksyen ni www.tontonfilem.blogspot.com  .Dia call mengatakan novel yg aku hantar sains fiksyen boleh terbit cuma ada beberapa kelamahan sebab banyak INTER CUT. Dah macam skrip. Alamak, termasuk teknik skrip dalam novel. Aku pun kata nak tarik balik novel tu sebab aku dah TERhantar ke penerbit lain dan penerbit tu akan terbit pun. Sory bang..Alamak. . Tapi aku janji akan hantar novel lain. Then, Fadli Al akati ni kasi ruang pulak suruh buat 400 page sains fiksyen untuk alaf 21. Sebabnya sangat ketandusan kekurangan penulis. Novelis cinta dah bersepah… Boleh ke aku menulis 400 page? takut dgr 400 page. Ya, aku ada 1 skrip filem sains fiksyen untuk kelas Anwar Nor Arai. Boleh adaptasi. Last-last aku bagi deadline hujung tahun ni. Sebab aku takut. takut menulis novel. Sebabnya panjang. Dan aku ni PEMALAS. Biasalah lelaki kan. Tapi try disiplin diri. Lagipun sekarang ni aku tgh ‘layan’ dan syok buat cerita kanak-kanak dgn Nazam Production. Terasa aku macm kanak-kanak. Bestnya hidup jd kanak-kanak…

    Boleh ke menulis 400 page?Kalau 100 page tu bleh lah. ish takut dgr. aku masih tak mampu menjadi novelis…berikan ku kekuatan…