• Meta


  • MERDEKA?


    FADE IN:

    INT. RUMAH DI CHERAS - MALAM

    31 OGOS 2009

    (Credit Title On Scren)

    Malam merdeka. Aku hanya duduk rumah je. Kenapa semua orang sambut Merdeka? Sebab kat TV kater Merdeka 31 Ogos? Sebab Kat akhbar kata Merdeka 31 Ogos? Sebab cikgu kat sekolah ajar Merdeka 31 Ogos? Sebab agrement dah tetap tarik 31 Ogos 1957? Sebab perlembagaan digubal 1956?

    INTER CUT:

    Tapi bagi aku merdeka itu pada 16 September 1963 apabila Sabah dan Sarawak mula masuk Malaysia. Barulah tertubuhnya Hari Malaysia. Itulah Hari Merdeka. Namapun Malaysia kan, ader 13 negeri campur Semananjung dan sabah sarawak

    INTER CUT:

    31 Ogos ini sama seperti hari-hari biasa. Duduk rumah bersama TV dan cuti berehat.

    CUT TO:

    FADE OUT:


     
     

    senario politik di Malaysia


     "Bib! Bib!"

    INILAH SENARIO POLITIK DI NEGARA KITA HARI INI

       http://www.szilagyi.us/images/blog/2003/03/loontoon.jpg

    ABAIKAN ‘POSTING’ INI JIKA ANDA TIDAK MEMAHAMI. SILA TINGGALKAN KOMEN JIKA ANDA MEMAHAMI SEMIOTIKNYA DIA GAMBAR INI JIKA DIPANDANG DARI SUDUT LAPISAN DI BAWAH SEDAR. NEOROSISKAN PEMIKIRAN, MOTORIKKAN SEJENAK DUNIA REALITI ANDA ANDA HE HE HE 


     
     

    SEMIOTIK DALAM KARYA TOK KETUA


    Timbul kontrevesi bagaimana drama Tok Ketua yg boleh melepasi penapisan dan siaran? aku sendiri tak pasti nak jawab. Sebabnya, unsur politik yang disampaikan mungkin dalam tersirat atau dengan kata lain sebagai semiotik. Semiotik ringkasnya bermaksud penanda dan ditanda. Mungkin dalam simbol?metafora alam? dan sebagainya…

    Beberapa SCENE yg di’semiotik’kan dalam isu ini agar nampak tersirat. Mungkin bahagian penapisan tak perasan dan terlepas tanyangan:

    1.Kes Tok Ketua nak hadiahkan kereta kepada penyiasatnya (bell). Namun Bell beri syarat agar hadiah kereta tu hendaklah 200cc ke bawah bagi mengelakkan rasuah. Apa maksudnya? Apa semiotik di situ. Kenapa kereta? Kenapa kena 200 cc ke bawah baru tak rasuah?    Di Malaysia jenis kereta apa ya yg dipakai oleh exco2 politik? he he

    2.Kes Tok Ketua baru nak buat projek atas bukit untuk penduduk kampung tapi dihalang sebab tanah pusaka berhantu. Apa semiotik ‘Bukit’. Apa maksud ‘Berhantu’?  Hantu tu simile siapa yg jadi hantu ni? he he. Projek atas bukit? Bukit mana ya kat Malaysia ni.

    3.Kes Amir Raja Lawak report kat Tok Ketua sebab beberapa orang buat kecih berhimpun depan kedai lepas tu kena sembur dengan serbuk lada barulah semua beredar.  Serbuk Lada adalah semiotik.  Tidak ada kena mengena dengan FRU menyembur gas pemedih mata. he he he

    4.Watak Amir Raja Lawak yg tak kisah siapa jadi Tok Ketua asalkan perutnya didisi dengan manakan halal agar tak mati kebulur. he he.

    5. Watak Bell Ngasri yg macam lalang. Dia kejap sokong Tok Ketua lama, kejap sokong Tok Ketua baru. Dia tk kira mana jadi pemimpin asalkan dia dapat untung. Jujurnya adalah semiotik kepada isu LOMPAT PARTI.

    ADA BANYAK LAGI… Nanti aku catat lagi. Tak ingat dah hu hu

     

    Kepada Bela yg ‘mengkritik’ drama ini. terimakasih. Jawapan anda mengatakan ‘Tak lawak,tak best’ menandakan bahawa drama ini memng sukar difahami oleh insan yang tidak memahami. Mungkin kena tanya Hasan Mutalib kerana sifu animasi ini bijak menilik karya dalam berlapis-lapis.

    Lepas ni aku kena guna nama samaran dan tulis drama2 klise biar semua orang faham dan suka. Tak payah nak fikir pasal SEMIOTIK dan HEGEMINI POLITIK.  Drama2 macam koprat rebut harta, tertukar bayi, adik beradik bercinta,orang kaya main golf, orang kaya Tan Sri nak kahwinkan anak masing-masing, sakit kanser,anak orag kaya balik dpd London urus perniagaan.. he he he. 


     
     

    NEXT SKRIP AKU, ‘PsikoPsikik’ RTM 2


     Hari Raya Aidil Fitri ni, saksikan skrip aku ‘Nak Balik Raya’ di RTM 2. Lepas Raya pulak, saksikan satu lagi telemovie untuk RTM 2 jugak  gambar bawah ni, baru habis shoting tadi (hari ke dua puasa)
     
    PENERBIT: ZEEL PRODUCTION
    SKRIP: ZAINI KOSNIN & FAIRUZ PADOLI
    PELAKON: TONY YUSUF,JULIA ZIEGLER,REMY ISHAK,FIZO OMAR

     
     
     
     
     
     
     
     

     

     

     


     
     

    Apa ‘pemikiran’ dalam Teater Muzikal Tun Abdul Razak? Sekadar Hegemoni politik


    Pertamakalinya, mungkin posting kali ni akan ‘memanaskan’ telinga kroni2 atau sesiapa yg terasa. Aku hanya insan kerdil. Tak de PHD, tak de title Prof tak glamour pun. Tapi, sebagai penggiat seni, jujur menyampai pendapat..Tidak kira filem atau teater, kalau tiada ‘pemikiran’ rasanya sesebuah karya itu cukup sekadar karya ‘cari makan’. Pemikiran yg relevan dan kritikan mendorong kejayaan sebuah teater. Di mana plotnya? HAnya sekadar catatan sejarah kehidupan lepas tu kematiaan. Lebih tepat ‘baik baca buku sejarah’.

    Setiap yg baru balik daripada IB, aku akan tanya ‘Ok?’. Jawabnya macam hambar. Kritikan demi kritikan dilempar. Nampaknya, Aswara perlu tambah silibus baru dalam teater dengan memperkenalkan corak teater berunsur politik dimana adanya pengaruh HEGEMONI dalam teater. Teori hegemoni menjelaskan, pertembungan ideologi dalam politik. Pemerintah akan berusaha mempengaruhi sub alterns dengan corak pemerintahannya. Contohnya IB sebuah tempat elit. Ingta senang ke teater nak naik IB kalau tak ader sebab2 tertentu. Jadi tidak hairan jika muzikal ini ke Ib kerana pemrintah kita sekarang  ialah sekian-sekian. Aswara sebuah insitusi kerajaan. jadi kerajaan menggunakan kuasa (kuasa hegemoni) untuk mengukuhkan kedudukannya. Apa pemikiran dalam teater ni? Tidak sekadar ‘bodek kerajaan’. Orang ramai datang tengok sebab promsi yg hebat. Tapi bla datang tgk banyak sgt unsur politik dan membodek kerajaan, teater itu menjadi sebuah teater politik. 

    Aku berpendapat, kalau lah tiada tapisan dpd pihak atasan kepada skrip asal yg ditulis oleh AChong  ini semestinya lebih menarik kerana aku percaya apa yg ingin disampaikan oleh penulis asal tidak sedemikian. Tapi bila dah ‘dicincang’ lain jadiknya.

    tak boleh tulis lebih2, nanti aku kena ISA ha ha.