Wednesday, 28 October 2009 : 2:24 am
Hari ni aku senyum (muka ada siiiinyummm). Walaupun mata layu tak tido dpd malam bawak ke Subuh terus ke kuliah terus menerus. Satu SMS aku terima dpd seorang produser bahawa proposal tender aku sebuah telemovie dh lulus! yeah. (idea aku sendiri). Cerita sainsfiksyen remaja.
Kesibukan mula melanda diri ini. Aku perlu menyiapkan 4 skrip serentak dlm deadline yg dekat2 je tarikhnya. Dan aku perlu dahulukan mana dulu yg dekat: FIRSTLY thanks kepada rakan writer dan produser yg beriku ruang menulis. 4 skriptersebut.
1.Telemovie Astro (tajuk lupa) -deadline Sabtu ni - tayang tahun ini.
2. ‘Tun Fatimah’ 8 episod Astro (dlm 2 minggu lagi) -nak tayang bulan 4 tahun depan
3. ” telemovie finish product (2 minggu lagi)
4. ‘KLON’ telemovie lulus tender (dlm bulan 11 ni mungkin) -nak tayang tahun depan
Yeah tanggungjawab yg berat utk dipikul. Dan ada kawan aku seorang pelakon drama call nak join menulis.
BULAN 12 dah exam utk sem 4. Kesibukan yg berpanjangan…
 
 
Saturday, 24 October 2009 : 3:13 pm
NOMBOR TELEFON AKU TELAH HILANG DAN GHAIB. AKU TAK TAHU MANA PERGI. AKU LUPA LETAK MANA DAN HILANG ENTAJH KE MANA. JADI MULAI HARI INI, AKU TIDAK MENGGUNAKAN LAGI NO TELEFON 017 79*****. DAN JIKA SESIAPA YG NAK CALL AKU, SILA LAH EMAIL JE KAT AKU KE: jangantegur@yahoo.com
 
 
Wednesday, 21 October 2009 : 12:03 am
SEPUCUK SURAT DARI CUCU ANGKAT SULTAN JEPUN:

Pertamakalinya, salam membodek untuk rakan-rakan patik (yg terasa la) yg kaki membodek di kolej. Semoga kalian terus lestari dalam mahligai dirimu abadi dlm realiti kelak. Ha ha. Patik ‘kutuk’ korang ni terus je tanpa lapik. Tapi ak sebut nama lah. he he. Oleh sebab dah tak tahan memerhati je, patik terpaksa tulis jugak setelah mendengar komen2 dpd rakan dan *(&^ &*&^.Patik sebenarnya dah lama perhati dah tema ‘bodek’ di mana2 universiti. Tapi di kolej ni dah melampau. CONTOH:
*Salam tunduk mencium tangan tunduk setunduk-tunduknya tabik setabik-tabiknya seperti 20 tahun tak jumpa.
*Masuk bilik pensyarah setiap masa hingga pensyarah merasa rimas. Setatakat sesekali tu ok la, hantar asgment ke,tanya pasal asgment ke. Kalau da setiap hari tu ish ish.
*Memuji keterlaluan.
*Sentiasa tunjuk pandai dalam kelas kononnya anda seorang yg tahu.
*Mengutuk rakan lain kepada tenaga pengajar.
Apa bezanya bodek dan hormat? Tak perlukah patik terangkan. Cukup sekadar kalau bertemu atau berselisih, ulaskan senyuman ikhlas. Kerana ini kolej bakat kreativiti tidak seperti IPTA lain. Kalau korang bodek pun, next time belum tentu boleh bekarya. Bodeklah sebodek mana mungkin hingga pointer mencecah 4K pun, belum tentu dapat menghasilkan sebuah karya yg berkualiti dan membodek di luar kelak. Sekian, salam sejahtera dari patik dari Jepun utk kalian.
Psst: Aku tak reti membodek. Biarlah diri dinilai dpd bakat dan kejujuran… . Ibarat bercinta lah gitu he he 
 
 
Monday, 19 October 2009 : 7:00 am
Ketagih… Bukan ketagih dadah atau betina, tapi ketagih menulis. Seminggu dah aku berehat lena sepuasnya selepas selesai seminggu yg lalu aku bermatian menyiapkan 13 episod drama RTM. Risau jugak nak jaga kualiti. Tapi setakat ni, geng writer kater ‘ok’. Kini aku ketagih nak menulis. Aku cuba menyiapkan apa2 asgment yg ada!
Rezeki tuhan yg beri. Kita hanya berusaha. Walaupun baru je lepas kena tipu ni, member tikam member job sapu sorang hasil titik peluh aku, tapi kena senyum je dan percaya rezeki akan datang. Jika jujur menulis InsyaAllah tuhan pasti membantu. Hanya usaha. tulis.. tulis.. tulis.. tulis! (prinsip jadi penulis). Tulislah 100 skrip, tak kan semua kena tipu? Paling2 sangkut 1. Yg penting usaha
Dan baru tadi berbual dgn tok guru aku En Martias Ali. Hanya menunggu masa menanti ‘green light’ dpd beliau utk aku on skrip. Ya, aku harapa ia skrip aku ke 12 yg akan divisualkan kerana sem hadapan aku perlu fokus menulis kepada novel utk PETA melayakkan aku mendapat segulung dgree.
Ya, setelah setahun tak menulis novel, aku jadi kekok. Jadi susah. Nak mencari mood tu aiseyhhhhh…!!!
 
 
Sunday, 18 October 2009 : 10:36 pm
Sebuah telemovie yg bakal nk shooting tak lama lagi. Aku buat dgn sorang rakan sript writer yg baru aku kenal melalui atas kenalan sorang director. Pekenalan yg rupanya menjadi penipuan. Memandangkan dia ni pun script writer yg dah ada nama, kononnya job banyak sampai tak sempat nk buat skrip. Hanya kasi aku sinopsis dua pag je minta aku jadi kan tretment dlm 15 page siap scene2 lagi. Lepas tu da siap katanya ok, tretment aku best. Masuk proses ke dua pulak proses menulis skrip. Yer, aku buat sorang. tugas dia edit bila dah dapat full skip. 2 mingu punya tunggu, tiba-tiba dia bagi tahu skrip aku langsung tak boleh pakai dan dia kena edit hampir 95 persen. Apasal pulak tak boleh pakai sedangkan tretment tadi kater ok?
Dan dia ingt aku bodoh aku tak kenal pelakon yg berlakon skrip tu nanti. Aku dah tgk skrip tu, sebijik2 ikut tretment! Dialoh pun sama je maksud lebih kurang! mana ader hgancur, sama je? Tak de olah aper pun skrip tu?Dan rupanya mamat memang dah tak de co writer rupanya. sebab semua o writer dia lari sebab dia bagi alasan tak mahu bayar. Sama kes mcm produser S, seorang artis yg naik BMW. camni la perangai sebiji. Sedare kot.
Yg pelikyan, dia tak berani call aku. Hanya SMS je. Profesional la sikit. Umur dah tua dah masuk 50. Malu la sikit dgn student mcm aku yg baru umor 22 ni. Tapi aku pun call guna HP kawan aku.
Terus aku cakap, ‘gugurkan nama saya. Saya tak mahu ada nama saya sebagai penulis skrip.’ Kemudiaan, aku hantar SMS, "saya tak ambil sesen dpd bayaran asaalamualaikum."
Aku band telemovie tu!!!