• Meta


  • Filem ‘Phobia 2′, Genre seram karma+komedi: Mengangkat isu sosial dlm masyarakat


    ADA 5 cerita. Nak cerita detail pun panjang. Jadi, kelima-lima cerita ini sebenarnya mengangkat isu sosial dlm masyarakat untuk dipaparkan kepada umum. PUJIAN aku berikan kerana susunan cerita dimulakan dgn kisah seram yg (sami baju kuning) dan pengakhiran (kisah 5) dengan komedi. 2 isu penting disampaikan iaitu hukum Karma dan masalah sosial (seludup dadah,kereta potong,budak nakal,saka)

    CERITA 1 hingga 4, lebih kepada hukum Karma. Pembikin filem ini menyampaikan isu buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Isu hukum Karma dlm masyarakat! Dlm Budha menjelaskan iaitu Harija dan Bharimin bermaksud (Atas perbuatannya). Itu kepercayaan mereka yg mungkin ingin dimaksudkan dlm karma dlm filem ini. (aku agak je)

    CERITA 1

    SATU ISU SOSIAL REMAJA.  Mengisahkan budak nakal suker rompak baling batu terkena baopak sendiri sampai mati. Pastu dia kena ikut Sami budha. Dan endingnya dia kena balik hancur muka kena baling batu dgn hantu. Pastu dia jadi hantu kena ambik jadi hantu. Atau mungkin jadi anak angkat hantu ha ha.

    Yg bagusnya, pembikin memaparkan isu ganggan mental yg tinggi. Budak ni ader psikoalalisis tahap tak sedar dah ni kot. Kepincanmgan dlm keluarga. Kasih syg ibu kpd anak.

    Namun ade kelemahnnya jugak. Buat aku ketawa 2 kali. Padahal ini filem Seram! Sedangkan couple sebalag semuanya menjerit takut. 2 adegan yg aku ketawa ialah Hantu Lapar dlm kepercayaan mereka.  Ia mengingatkan aku kepada Jin Lapar dlm Nujum Pak Belalang. Kedua, budak botak degil ni curi makan mee segera malam2. Dari segi pemujaan, wajar ke bagi hantu makan mee segera? Dlm msyrakat melayu sendiri pun upacara menjamu hantu pun gunakan makanan pulut kuning ayam panggang. Nmpak tradisionalnya. Tak kan nak jamu hantu guna tin Sardin kot?Hantu nak bukak pakai aper? he he

    CERITA 2

    Kisah saka Budha ni.  Pada mulanya, ia seperti berhalusinasi dlm hospital di ganggu oleh pesakit sebelah yg dah nak mati. Pada mulanya aku tak faham dan ending baru faham, proses pemindahan saka. Ini satu isu besar dlm msyarakt sana. Ada ’semiotik’ di situ. Kena tanya Rahim Abdullah, pakar semiotik ASWARA. Scene semiotik dimana nurse pegang jarum cucuk pesakit tua sebalh tapi jarum tak lut patah. Satu lapisan, biase je. Kebetulan patah. Namun jika ditafsirkan kepada dua lapisan, aku beranggapan itu satu semiotik menunjukkan jarum tu patah mungkin sebab ada hantu saka dlm badan org tua tu.

    CERITA 3

    Sebuah kisah penyeludupan dadah thaliand menggunakan pendatang asing. Isu yg best, memasukkan dadah dlm perut. Ini rasnya kejadiaan benar berlaku di sana pengedaran dadah yg hebat! Konsep cerita ni ala-ala zombie. Ni pun konsep karma jugak. Yg akhirnya driver lori dan kelindan dia mati kena zombie. Tapi isu yg dismapaikan tu yg perlu diperhatikan bukan cerita. Cerita ni tak de la best sgt. Biasa je. TApi ok lah, ada elemen seram tu untuk menakutkan org dlm panggung. Rasanya cerita no 2 lebih seram.

    CERITA 4

    Ni pulak kisah kereta potong. Hanta satu scene je kat kedai kereta.  Cerita perempuan ni yg jual kereta tipu kereta potong. Ada kes tu kereta accident dna orgnya mati. Ia terus menghantui kawasna kedai kereta. Ini pun karma jugak. Akhirnya anak tokey kedai ni mati. Cerita yg simple. Antara 5 cerita ni, ni la yg paling tak best. NAk komen pun malas la.

    CERITA 5

    Ok, ni genre seram komedi. Jujurnya MEMANG BEST! Membuatkan aku teruja hingga pulang ke rumah. Cantik, susunan scene yg menarik! Di sini permainan svene ‘Back To’ dan ‘Jump Cut To’ yg menarik. Pengulangan scene permulaan yg sengaja digantungkan dan diakhiri pada akhir scene.  Pelakon hantu yang disangkakan hantu betul. Perselisihan faham berlaku dlm spital, pelakon hantu ni lari dpd spital. Dan doktor pulak ader kembar tersalah doktor membertahu oesakit dah mati! kah kah

    Konti SCENE yg logik dgn sebab akibat. Filem komedi sgt susah. Aku sendiri menulis cerita komedi, aku tahu dimana kesukarannya. Berbeza dgn s cerita pondok buruk hujung kampung yg tangkap leleh yg ditulis oleh makcik2 scriptwriter. DAri segi cerita memang menarik. Sudha disusun. Setiap scene dna cantuman cantuman scene yg berkait menuju kepuncak ending!

     

     


     
     

    FILEM 2012: Sebuah percaturan politik Barat cetusan Plato…


    Lewat malam tadi, sempat aku menonton filem ni. Walaupun tiket sold out, tapi dpt jugak. maklumlah, first tayangan. Ok, ulasan sydah tentunya agak panjang. tapi aku pendekkan. Kalau nak ulas dari degi agama, rasanya memang berjela. Tak ape la, tu serahkan kepada pakar agama untuk ulas. Ade yg kata khurafat dan sebagainya. Ada juga permainan agama. Namun, isu membina kapal besar untuk menyelamatkan manusia seperti cerita bahtera Nabi Nuh. Nampaknya, pembikin filem barat menggunakan pelbagai tektik yg pening untk mereka! Dari segi story line, sebuah susunan plot yng penuh dgn tragedi dan aksi. Endingnya ternyata bertentangan dgn Islam. Dari segi karektor, permainan emosi yg dramatik juga ditonjolkan. wujudnya sifat kasih syg antara keluarga,masyarakat,negara. Dan Presiden US ketika itu yg digambarkan seperti Obama. ha ha.

    http://www.gonzolicu.org/wp-content/uploads/2009/08/2012-poster.jpg

     

    Namun ulasan aku memandang dari sudut ekonomi,sosialis,politik barat yang memainkan peranan penting mempengaruhi mentaliti dunia. worl view gitu! Filem ini mempunyai unsur politik dari segi cerita itu sendiri dan kesannya terhadap dunia luar.   

    Plato menulis kononnya Atlantis terbentang di sepanjanglautan termasuklah Asia. Atlantis merupakan kekuatan perang laut menakluk  Erpah Barat 9.000 tahun  kira-kira sekitar tahun 9500 SM. Setelah usaha menyerang menyerang Yunani gagal, Atlantis tenggelam ke dalam samudra hanya dalam satu hari satu malam. Atlantis sebenarnya umumnya dianggap mitos saja dengan tujuaan mengaplikasikan  teori politik barat. Plato mempunyai imaginasi yang kuat menggambarkan imaginasi. Filem 2012, hanyalah cetusan aliran pemikiran Plato. BArat mengimaginasikan kiamat 2012 yg bertentangan dgnb Islam.

    Kesannya kepada ekonomi politik, keadaan akan huru hara. Tak caya, tanya Karl Marx hu hu. Karl Marx ada kata. "Satu kaum tiada tanah air, tidka boleh ambil seauatu yg tidka ada pada ,ereka".  So, kalau KArl MArx tipu, maknanya ku tipu lah. Lebih kurang gitula maksudnya. Maknanya, kuasa di tangan pemerintah. Jadi filem 2012 ini perlu merujuk kepada pemikiran Karl MArx dari segi politik.

    Satu kritikan sosial yang tinggi ditekankan dimana penguasaan kelas dominan mendominisasi kuasa mereka dengan menyingkirkan gologan bawahan. Kita lihat dalam scene manusia mahu masuk ke kapal, hanya ‘org dalam’ saja yang berkepntingan boleh masuk dalam kapal. Rakyat biasa yg tiada kepentingan tidka dibenarkan.Apabila kuasa dunia

    Pembikin filem ini juga mengkritik kuasa-kuasa dunia melalui watak-watak pemimpin tertinggi sewaktu kejadiaan kononnya kiamat 2012 itu mahu berlaku. Pesiapan sudah dilakukan secara sulit. Rakyat dipingirkan, merek ahanya mengutamakan keselamatan diri sendiri sahaja. Dimana di sini kuasa-kuasa besar berkuasa. US digambarkan sebagai ketua segala rancangan. Pada permulaan cerita telah ditonjolkan elemen politik dimana wujudkan kerjasama antara negara kuasa besar untuk bergabung syer dlama misi melarikan diri dpd ancaman 2012. Disini kritikan politik ditonjolkan. Jelas kelompok margin (sub altern) dipinggirkan manakala kelompok elit (borjouis) dengan kepentingannya sendiri.

    Bermula dpd imaginasi, penentangan kepada politik ditujukan! Tidka hairan akan dtaang muncul lagi kononnya kiamat juga tapi makhluk asing yg serang pula! Bermula dpd imaginasi mcm pemikiran Plato utk menguasai politik!

    pandangan aku, filem ini sbeuah filem politik yg mengkritik sebuah negara dan bangsa secara perang ‘gerakan’.

     

     


     
     

    ‘CUCI-CUCI SERVICE’ RTM 2, setiap Rabu jam 9.30 malam


     

    SAKSIKAN skrip aku (sambungan filem Cuci) bertajuk ‘CUCI-CUCI SERVICE’ di RTM 2 setiap Rabu jam 9.30 malam. Lakonan Faizal Husin,Zek Zaidi,Harun Salim Bachik, Beego, Hans Isac, Fasha Sanha, Julia Ziegler. Arahan Harun Salim Bachik, diterbitkan oleh Hans Isac. 


     
     

    TUN FATIMAH


    Sedang menulis drama siri TUN FATIMAH (Astro Citra) bersama geng writer (Martias Entertaiinment), untuk Suhaimi Baba. Nantikan kemunculannya bulan 4 tahun depan. :)


     
     

    ASWARA VS IPTA (lain)


    AKU TERIMA EMAIL DPD SESEORANG PELAJAR IPTA, YG MEMUJI FAKULTI PENULISAN ASWARA YANG JAUH LEBIH BAIK BERBANDING IPTA nya… . Terimakasih saudara. Pujian itu harus dibanggakandan diberikan  kepada pensyarah Penulisan ASWARA yg berjaya membimbing pelajar-pelajar. Tanpa mereka, tiada lahir pelajar.Dan bergantung kpd pelajar yg perlu memberanikan diri masuk ke dunia luar.

    JAWAPAN KPD SOALAN ANDA:

    1.IPTA lain mybe tak cukup praktikal. lebih kpd teori. Student ramai. sekali kuliah 200 orang. Aswara satu kuliah 7 orang je. NAk ponteng kuliah pun tak bleh, pasti kantoi. IPTA korang senang nak ponteng kuliah. Suruh je member tanda/punch card.

    2.Sesetngah pnsyrah IPTA lain pun ada yg tak berapa tahu pasal skrip (tak de pun karya tersiar) , dan boleh pulak mengajar skrip? Kan ke aneh tu. (tak mau sebut IPTA mana).

    3.Sikap student. Ramai member aku di IPTA lain, kerjanya membodek lecturer untuk dpt A dan dpt pointer tinggi tapi hasil karya hampeh. Percaya tak,  aku ader member dpd U# yang tak pernah tulis cepen tapi dpt A dlm subjek tu. Sebabnya, upah member buat dan rajin bodek pensyarah.

    4.Mengejar pointer tinggi. Di IPTA lain, student berebut2 mengejar pointer yg tinggi. Tp di Aswara tidak, ia bergantug kpd bakat dan kreativiti. Pointer tinggi pun tapi menggigil nak menulis skrip pun bua apa?betul tak. Segulung Ijazah tu nnt dilai hanya atas kertas saja.  KEcuali anda mmg mengejar pointer tinggi untuk kerja badan2 tertentu berjawatan bodek2 naik pangkat. :)

     

    BERIKUT EMAIL: AKu dah jawab soklan anda di atas.

    salam,

    sy tertarik dgn website awk, dan kagum dgn awk.
    mmg btul, sbgai pelajar ipta sy sgt bersetuju dgn apa yg awk tulis, kdngkala kami di u ipta ni tidak didedah kn bagaimana nk menulis skrip nk wat prposal.. untung awk dpt blajar smua tu di aswara. pendedahan disini amat terhad., kdkala idea kami turut disekat,

    wat skrip dokmtari, drama60min, tapi hasil walaupn dipuji, dan dijanjikan akan diterbit pun xda..

    sy nk tanya, itu pun kalau awk sudi berkongsi
    cm mana erk awk wat sesuati skrip sampai diterbitkan?
    kemana awk hantar dan utarakan,
    serius, sy mmg sgt2 berminat..
    tp sy agak kecewa dgn ipta sy kami agak terhat sgt..
    semuanya terhad..
    xda tempat untuk kembangkan bakat..

    so sad…
    sy nk jd cm awk..
    belajar,aplikasi, dh hasil karya dihargai…

    rakanku terutamanya (aswara student), mari jawab di komen.