• Meta


  • ‘DUHAI SI PARI-PARI’ sebuah fallacy film?


    Mula-mula tak nak kritik. Tapi sahabatku kata "Kritiklah, kalau tak ada orang nak kritik nanti semua akan kata filem ini sangat bagus." Jadi, aku cuba fahami. Memandangkan aku datang dna duduk dgn sifu Hasan Mutalib, jadi banyak ilmu yang ditimba darinya.

    Bertemakan ‘cinta biasa tapi luar biasa’, bagai menngambarkan Duhai Si Pari-Pari (DSPP)  sebuah fallacy film. Fallacy bermaksud pemikiran yang mengelirukan & menyesatkan. Walaupun sekadar DSPP sekadar hiburan tapi kecelaruan naratif dan tiada pergerakan konflik perwatak.

     

     

    MENCARI KONFRONTASI & RESOLUSI

    DSPP akan menjadi sebuah filem yang baik jika skripnya mempunyai sebuah naratif melalui konfrontasi dan resolusi iaitu pembinaan three ACT structure dlm lakon layar. DSPP ada 3 ACT structure, tapi tiada 3 ACT structure melalui ‘plot Point’ yang menggerakkan cerita dna menolak scene untuk bergerak. Filem ini durasi 110 minit. sepanjang 110 minit tiada ‘gelombang’ yang menghangatkan. Seharusnya permulaan cerita (10 minit pertama) haruslah suatu yang menggemparkan. Dan dlaam 33 minit pertama melalui ACT 1 haruslah ada satu ‘gelombang’ plot point yang menolak cerita ke ACT 2 (konfrobtasi) .  Dan Dalam konfrontasi  ACT 2 sekitar minit ke 35-85 juga seharusnya ada titik plot yang menolak ke ACT 3 (resolusi). Dan di ACT 3 melalui resolusi barulah timbul konflik besar seterusnya meleraikan cerita. Maksudnya disini, penyusunan cerita secara linear melalui insiden yang menolak ke cerita yg lebih dramatik. Contohnya dalam filem Chinatown lakonan Jack Nicholson sebuah kes penyiasatan. Open scene terus ada konflik besar kematian.  siapakah yang mengupahnya untuk menyiasat. ACT 2 proses penyiasatan dan titik plot konflik siapakah yang memerangkapnya? ACT 3 barulah konflik besat timbuk dna dileraikan dgn elemen dramatik dan terbongkar siapa yang membunuh.

    WATAK

    Lakonan Que Haidar membawa watak pemuda lurus bendul. YAng peliknya dalam DSPP, watak bercakap seorang diri. Secara logiknya tiad amanusia bercakapo seorang diri kecuali orang gila. Mujurlah tiada voice over (VO) seperti kebnyakan drama di TV.  Melalui garis fallacy charater, kecelaruan timbul sama ada lurus bendul watak itu dari segi hyperactive atau gangguan metoris (maslah psikoanalisis, gangguan mental) dalam dirinya? Jika lurus bendul dlm konsep hyperactiv bolehkah diterima pakai? Dan penonton masih fallacy sebab dan akibat wataknya sebegitu? Hasan Mutalib menjelaskan, bina premis story barulah mencipta watak sebelum menciptanya jalan cerita. Kekuatan cerita bergantung kepada kekuatan watak.

    Hisyamudin Rais,Dr Anwar Arai,Wahab Hamzah, Martias Ali,Zakaria Arifin,Zaini Kosnin,Ajami HAsim (sekadar menyebut beberapa nama) berulang kali mengatakan lakon layar adalah sebuah visual. Sebuah cerita yang diceritakan dalam bentuk visual dimana watak-watak akan bergerak dan menolak scene2 dlm plot point 1 ke plot point 2 dan plot point 3 melalui ACT 1,ACT 2 dan ACT 3.  Permulaan cerita (10 minute open scene), tiada daya tarikan yang dapat menarik penonton untuk mengikuti cerita seterusnya. Permulaan hanya berlaku di kedai serbaneka. Ketika menonton filem ini (pertengahan cerita), saya bertanya kepada Hasan Mutalib, ‘Pak Hasan, mana plotnya". Jawab Pak Hasan, "Tiada cerita. Ada pisau tak, saya nak bunuh diri." Tidzk lama kemudian, Pak Hasan bersuara lagi, "Ada pistol tak?". Saya terus tersenyum melihat Pak Hasan berbalas SMS bersama Ajami.

    Jika diringkaskan naratifnya, DSPP sebuah cinta tiga segi menceritakan Si Pari yang cintakan Shadon tetapi ada orang ke tiga (Nabila Huda). Kemudiaan kecewa dan insaf. Disinilah tercari-cari

    NARATOR+DIALOG

    Menurut Syd Field, fungsi dialog menggambarkan fungi sesuatu watak. untuk menggerak cerita ke hadapan,memberi fakta & maklumat kpd pembaca, menjelaskan aksi dan menggambarkan konflik cerita. Teknik penceritaan DSPP banyak menggunakan narator untuk menggerakkan cerita sedanngkan cerita itu telah diberitahu.

    Narator kebiasaannya digunakan untuk drama animasi untuk memulakan cerita bagi memperkenalkan cerita kepada kanak-kanak. Melalui teori Perkembangan Kognitif Piaget menjelaskan, kanak-kanak akan membina maklumat dgn mengadaptasikan pemikiran  untuk memahamkan sesuatu perkara. Disitulah perlunya narator terutaman dlm cerita kanak-kanak. Dalam filem barat misalnya, narator ada digunakan untuk teknik penceritaan, tetapi digunakan untuk masa-masa tertentu dan tidak setiap waktu.

    Mengapakah perlunya banyak narator sebagai teknik penceritaan. Sedanngkan filem itu sebuah visual lakon layar yang digambarkan melalui objek-objek yg bergerak. Demikianlah wujudnya teori miss en scene sebagai teori filem dimana visual atau objek yang bercerita. Objek-objek adalah semiotik yang bersleindung disebalik dialog. Yasmin banyak menggunakan teori ini dlm filem-filemnya.

    Walauapapun, filem ini sebuah filem hiburan untuk santai-santai. Bolehlah yg bercouple datang rileks2 sambil berhibur. Filem ini akan ditayangkan 31 Disember ni. Sebuah sentuhan pengarah baru di persada seni. Saksikan


     
     

    MPR


    MINGGU PENULIS REMAJA 
    Foto kenangan beberapa hari lepas baru je menghadiri perhimpunan Minggu Penulis Remaja. Mengimbau kembali, aku juga peserta MPR 2006. Dan, tidak terlintas untuk menjadi penulis. Kerana, aku tidak pernah menulis puisi,cerpen,drama pentas apatah novel. Tapi dengan dengan menggunakan 2 prinsip iaitu MELIHAT dan MENCUBA akhirnya puisi pertama yg aku tulis tersiar di Tunas Cipta. Cerpen pun sama. Aku tak pernah menulis cerpen. Main cuba je tulis (asalkan ada mesej nak sampaikan dan kreatif) dan tersiar. Begitu juga drama pentas. Aku hanya melihat contoh format dan menulis. Cuma sekarang baru aku belajar secara teori apa itu sastera. Baru aku tahu apa itu puisi,cerpen dan sebagainya.

    Sebenarnya, ada beberapa ‘lemparan’ yang mengutuk MPR. Antaranya yang cemburu kerana mantan-mantan MPR banyak menulis dan karya tersiar di majalah.Dan ada yg komplen kononnya mengatakan kenapa asyik2 budak MPR je yg tersiar karya di majalah? Jawapannya, "dah korang tak mahu menulis, hanya tahu mengutuk je". Jadi, MPR je yg aktif, tak hairanlah setiap bulan pasti ada tinta pena dpd MPR di majalah. Jadinya, tak yah mengutuk. Dpd mengutuk, baik korang MENULIS,MENULIS dan MENULIS… Kalau hanya tahu CAKAP,CAKAP,CAKAP dan CAKAP saja, masuklah politik. Jangan jadi pengkarya :)

    Suatu ketika, ada bertanya.Macam mana nak pastikan karya tersiar.Jawapannya, "Hantarlah satu.Jika tidak tersiar, hantarlah 5.Jika tidak tersiar hantarlah 10. Jika tidak tersiar hantarlah 50 kali. Jamin, pasti tersiar! Terus menulis buat sahabat-sahabat MPR"

    aku sendiri dah 2 tahun tidak menulis cerpen.Tapi tidka bermakna kau stop menulis. Cuma aku menulis benda lain. Salam


     
     

    Ish Ish Ish


     

    Rupanya Ajami Hasyim ramai musuh. Sebenarnya bila ramai musuh, itu bermakna ramai yang dengki kepadanya.Yelah, anda maju,berjaya dan glamour. Pastinya ada mata-mata yang dengki. Dan yg tak bestnya, ader pulak yang menyamar guna nama aku untuk menggaduhkan kami. ish-ish pastinya ini bangsa Melayu. Memang aku cam sgt, orang Melayu.Yakin 100%. Dan aku pun tahu, ramai musuhku di kolej. Sebab, diorang ni kerjanya keluar masuk bilik pensyarah bodek pensyarah tetapi karya tiada? Jadi diorang dengki kat aku yg aktif bekarya dan menulis hingga terhasilnya 12 skrip ke kaca TV. Dengki, melayu dengki Melayu. Dan Ajami sendirinya pasti ramai yg dengki kepadanya, dan menghentamnya di blog. Yg tak bestnya, hentam guna nama aku.

    Ketika aku berada di area Bandar Penawar Kota Tinggi Johor sedang berehat, aku terus dapatkan maklum balas dpd Ajami berkenaan isu maki hamun carut mencarut di blog:  http://horrorisma.blogspot.com . Sedangkan mlm tu aku dlm perjalanan ke Johor. Bila pulak aku nak online, 4 hari dah tak dapat on line.

    Nampaknya, ada individu berani menggunakan nama ‘FAIRUZ’  dan link kan alamat ke (www.jangantegur.com) menyamar untuk mengutuk dan ‘menghentam’ bloger lain. Apakah motifnya di sini?Untuk menjatuhkan nama aku ke? Inilah sikap MELAYU (mungkin Islam bukan kafir). Dan aku tersenyum. Bila Ajami Call balik, kami ketawa berdekah sama-sama. Yang Pastinya ada pendengki menyamar guna nama aku ni. Kiranya aku berbangga la, kira glamour la jugak ader yg sudi menyamar menggunakan nama aku. Tahniah bro…  Melayu hentam Melayu. Melayu jatuhkan Melayu, Melayu dengki Melayu. Yg pastinya, individu terbabit tu menjadi tanda tanya. Siapakh individu itu?

    1)Adakah musuh Ajami yg sering memerhati dpd belakang

    2)Adakah musuh aku sendiri?Tak tahu pulak ramai musuh kat belakang aku ni. Yg DENGKI tu pasti ada. Kerana dalam industri ini sendiri, Melayu la yg menipu Melayu? Bangga naik BMW, nasib scriptwriter dipinggirkan.

    mustahil la aku nak ‘menghentam’ Ajami yg pernah membelanja ku makan ’steak kambing’ kat Pavilon lepas tonton Filem Jangan Tegur. ha ha ha ha. Thanks wasalam.