• Meta


  • telenovela…


    http://images.paraorkut.com/img/wallpapers/1280x1024/r/romantic_love-7201.jpg

    Ketika ini, aku sedang menulis telenovela kisah cinta remaja 30 episod X 60 minit untuk RTM. Bakal menonjolkan pelakon remaja Fizo Omar sebagai hero bergandingan dengan Diana Danial. Drama berkisarkan permainan bola sepak yang akan ditayangkan CONFIRM bermula Jun 2010 ini sempena world cup. Sebuah kisah cinta, kerana memang itu yang aku nantikan. Dah lama nak menulis kisah cinta baru kali ni ada peluang. Walaupun agak panjang 30 episod sepanjang anggaran 1100 scene menyiapkan dlm sebulan, tetapi ia agak santai. Dan bila menulis ini, seronok tanpa tekanan. Santai2. Menulis itu indah jika ada keseronokan, dan ada yg support :) Cuma deadline je agak dekat. No hal!

    30 episod sejam… awal March dah shoting. Sama shoting skrip Tun Fatimah Astro.  Ini bermakna sehari aku perlu menyiapkan 1 episod sejam setebal hampir 40 muka surat…

    Tergendala seketika menulis novel ‘Kampung’ untuk Cereka Moden 3 yanng aku sasarkan sehari 10 page (1 bab). tak sampai sebulan dah siap. Tetapi kesibukan melanda…


     
     

    Boooommmm kebabommmmmm!!!


     

    http://www.insidesocal.com/prepsports/lightning.jpg

    Booommmmmm!!!

    http://www.uwec.edu/jolhm/EH3/Group2/Pictures/lightning.jpg 

    Mari kita lihat siapa yang kena!

    http://cache.gizmodo.com/assets/resources/2006/06/lightning.jpg

    Dia kena. Ari tu orang lain kena. Orang tu pun kena. Dia pun kena. Eh diap pun kena. Eh orang sana tu pun kena.

    Semua orang kena.


     
     

    Mr Satan punya aura


    TEKS : Prof Pelangi

    satan.jpg Satan! image by doubleplusundeadmeenu

    BANDAR ATAS AWAN: Mr Satan kini semakin kuat auranya menyebabkan sekumpulan anak buahnya bengang kerana sikapnya yang gemar melobi harta bosnya. Mr Satan mempunyai 20 anak buah didikannya bagi menjayakan sebuah penerbangan daripada awan ke pelangi.Projek itu bagi melayakkan 20 ekor semut ini cemerlang dalam peperiksaan.

    Pada saat akhir, Mr Satan tidak membeli tiket penerbangan. Ini menyebabkan sekumpulan 20 ekor semut itu terkandas menjayakan penerbangan ke pelangi. Ini secara tidak langsung menyebabkan mereka gagal dalam operasi besar itu seterusnya mencacatkan keputusan peperiksaan mereka.

    "Pelik. Dia suka rahsiakan akaun. Kalau kami minta kebajikan makanan, dia kasi makanan tapi tak kasi jumlah akaun yang digunakan. Kalau kami perlukan apa2 bahagian teknikal untuk pesawat, dia akan rahsiakan kewangan," ujar seekor semut yang bengang dengan sikap Mr Satan.

    Tambah seekor semut lagi, "Susahlah orang-orang kuat tak ada mahu back up kami. Kami mahu Mr Satan diusir!"

    http://firehazard.files.wordpress.com/2008/08/ant21.gif

    SUMBER: PONAMA


     
     

    Adapun…


    REPUBLIC SIAM: Pihak berkuasa negara terbabit sedang mengesan 3 ekor penjenayah. Suspek utama Tot (menungang motosikal). Di bakul (Tet) dan yang membonceng ialah Tit. 3 suspek utama ini disyaki dalang yang menyebabkan kehilangan gula-gula kesayangan cucu Maharaja Cho ke negara jiran.

    Tot dipercayai menandatangani surat pelepasan pengeluaran gula-gula ke negara jiran dan Tit pula meluluskan laluan laut untuk membawa gula-gula ke seberang negara Jiran. Tet pula menjadi ketua dan dalang. Semua kerja-kerja penyeludupan dilakukan oleh orang bawahan.

    Pihak berkuasa Republic Siam kini sedang galak menjalankan siasatan memburu 3 suspek ini. Sementara itu pihak berkuasa telah menahan beberapa buruh bawahan yang menjadi suruhan 3 suspek ini. Namun, pihak media menyangkal penahanan  buruh kerana buruh-buruh tidka bersalah. Yang menyuruh itu yang kena tangkap.

    Gula-gula milik cucu Maharaja Cho dianggarkan bernilai 2 buah kapal pejuang jet tentera USA.

     

     


     
     

    Selamat Bertugas


    Syabas,.

    http://maharajazhou.files.wordpress.com/2009/02/katak.jpg

    Syabas…

    Permulaan tahun baru, hari baru dengan imej sebegini. Syabas, selamat bertugas (buat segelintir).  Selamat… Selamat… Selamat lah. Semoga mendiang Taylor dan Mc Geoger muncul bersama kalian….